Lelaki Belgium hilang ditemui mati - pakdin.my

20160918-thomas-cools-hilang-rasa-lembah-beringin

Kuala Kubu Bharu: Lelaki warga Belgium, Thomas Cools, 34, yang dilaporkan hilang ketika menyertai larian Cabaran Hash Antarabangsa, pagi kelmarin ditemui mati di kawasan tebing dekat kebun getah kira-kira 500 meter dari Kampung Orang Asli Kuala Kerling, pagi tadi.

Mayat mangsa ditemui rakannya dalam keadaan tertiarap dipercayai terjatuh ketika menyertai larian itu.

Kehilangan mangsa disedari selepas gagal menamatkan larian yang sepatutnya berakhir 7.30 petang Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, mangsa disahkan meninggal dunia ketika ditemui.

Beliau berkata, mayat mangsa akan dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses bedah siasat.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengenai kes itu.

Difahamkan mayat mangsa masih berada di lokasi dan usaha membawa keluar sedang dijalankan.

UTAMAPOLITIKLelaki Belgium hilang ditemui mati

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium