Lelaki berasal dari Serendah di tahan kerana ugutan jenayah/Isyarat lucah ke atas DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar - pakdin.my

pemuda berasal dari Serendah ditahan tunjuk isyarat lucak kepada Sultan Johor 2

Kejadian berlaku pada jam lebih kurang 11. 20 pagi  semasa Baginda DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dalam perjalanan dari Muar ke Johor Bahru dan apabila sampai di KM 95 arah selatan Lebuhraya Utara Selatan, telah melihat seorang lelaki melayu yang sedang memandu kereta jenis Perodua Viva warna putih telah menurunkan cermin tingkap sebelah pemandu dan menunjukkan isyarat penumbuk dan lucah dengan tangan kanan.

Melihat kejadian itu, DYMM Tuanku Sultan telah memberhentikan kereta yang dipandu oleh baginda sendiri dan mengarahkan pegawai pengiring supaya mengambil tindakan terhadap lelaki pemandu yang telah menunjukkan isyarat lucah terhadap baginda.

Pengadu memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis dengan menunjukkan kad kuasa polis pengadu kepada pemandu lelaki melayu tersebut dan bertanyakan adakah dia ada menunjukkan isyarat lucah tersebut dan beliau mengaku ada menunjukkan secara lisan dan anggota yang mengiringi DYMM Sultan Johor terus menangkap lelaki tersebut dan telah meminta butir-butir suspek.

Saspek juga ditangkap untuk ujian saringan air kencing di Pejabat Narkotik IPD Batu Pahat.

Hasil soal siasat ke atas saspek mendapati bahawa saspek dalam perjalanan dari Puncak Alam, Selangor menuju ke rumah ibubapanya di Parit Raja, Johor kerana mempunyai masalah rumah tangga.

Saspek mengakui perbuatan tetapi menyatakan bahawa tidak menyangkakan orang yang ada dalam  kereta tersebut DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Hasil ujian air kencing negatif.

pemuda dari Serendah ditahan tunjuk isyarat lucah sultan johor 1

UTAMABERITALelaki berasal dari Serendah di tahan kerana ugutan jenayah/Isyarat lucah ke atas...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium