Lelaki Cuba Letupkan Kompleks ICQS Rantau Panjang Ditahan - pakdin.my

Niat jahat seorang lelaki yang ingin meletupkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, gagal selepas ditahan dalam sekatan jalan raya malam tadi.

Suspek yang berusia 30-an itu menunggang motosikal sebelum ditahan di sekatan jalan raya Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) Chabang Empat Salam, Rantau Panjang berikutan kelihatan mencurigakan, jam 11.30 malam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan, berkata suspek yang berasal dari Pandamaran, Klang bertindak agresif dan bergelut ketika ditahan.

“Hasil soal siasat dibuat suspek mengaku ingin meletupkan Kompleks ICQS Rantau Panjang dan pondok kawalan AKSEM.

“Pemeriksaan lanjut dalam beg sandang yang dibawa suspek mengandungi lima plastik bijian, satu plastik serbuk kuning, sebilah pisau, gunting, pemutar skru, lilitan watar tembaga, bateri dan pasport milik suspek,” katanya ketika sidang media, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat, hari ini.

Beliau berkata, suspek dalam senarai dikehendaki untuk kes di bawah Seksyen 6 (1) Akta Senjata Berbahaya dan turut mempunyai rekod berkaitan dadah.

Hasil saringan mendapati suspek positif methampethamine dan kini ditahan untuk siasatan lanjut sama ada mengalami masalah mental atau tidak.

Terdahulu Hasanuddin menghadiri majlis serah terima tugas Ketua Polis daerah Tumpat baharu iaitu Superintendan Ab Rashid Mat Daud menggantikan Superintendan Mohamed Zulmazi Che Daud.

Ab Rashid sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Lipis, Pahang.

 

UTAMABERITALelaki Cuba Letupkan Kompleks ICQS Rantau Panjang Ditahan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium