32 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 27, 2021

Lelaki dari Sarawak mati ditembak di Sungai Buloh Country Resort

Anggota Polis Forensik memeriksa lokasi penemuan mayat yang ditemui di Country Resort Saujana Utama, Sungai Buloh

KUALA SELANGOR – Seorang lelaki ditemui mati dengan tiga kesan tembakan di kepala di Jalan Anggerik, Sungai Buloh Country Resort, Saujana Utama di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Mohd Taib Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat lelaki itu oleh orang awam dalam keadaan tertiarap di tepi jalan itu pada pukul 7.30 pagi.

Beliau berkata polis mengenalpasti lelaki itu sebagai Wong Teck Sern, 42, dengan kad pengenalannya beralamat Jalan Teng Kung Sui, Upper Lanang, Sibu Sarawak.

Mayat lelaki itu telah dibawa ke Hospital Tanjung Karang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.