25.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 3, 2020

Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Hina Kesultanan Johor Di Facebook

Polis menahan seorang lelaki yang menggunakan nama “Kambing Selatan” di akaun Facebooknya, bagi membantu siasatan kes penghinaan dan hasutan ke atas Kesultanan Johor di laman sosial itu akhir tahun lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki berusia 30 tahun itu ditangkap di sebuah rumah di Jalan Tanjung, Taman Wangi, Gua Musang, Kelantan, pada pukul 2.45 petang, hari ini.
“Suspek ditangkap bagi membantu siasatan kes menghina dan menghasut ke atas Kesultanan Johor melalui Facebook yang telah dilaporkan di Balai Polis Taman Pelangi pada 27 Dis tahun lalu,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Wan Ahmad Najmuddin berkata pihaknya turut merampas beberapa peralatan komputer dan lelaki itu kini dibawa ke Johor untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Sekyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948, yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya.
Berikutan itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak menyalahgunakan laman sosial untuk menyebarkan kenyataan berbaur fitnah atau hasutan yang boleh mencemar kredibiliti kerabat diraja atau mana-mana individu.
Selain itu, orang ramai juga diminta menggunakan Facebook secara profesional dengan mengambil kira perkara sensitif yang boleh menyinggung perasaan orang lain katanya.

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...