Lelaki Gagal Tukar Nama Selamat Dikebumikan Sebagai Mohd Ashraf Hafiz – Video

Lelaki yang gagal dalam permohonan tukar nama kepada Aleesha Farhana dikebumikan sebagai Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz.

Dia meninggal dunia 5 pagi tadi, akibat serangan jantung dan tekanan darah rendah.

Jenazah Allahyarham Mohd Ashraf Hafiz dikebumikan di tanah perkuburan Islam Seberang Takir selepas solat Asar.

Dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, ICU Hospital Sultanah Nur Zahirah 3 pagi semalam setelah muntah teruk dan tidak sedarkan diri.

Mohd Ashraf Hafiz dikatakan murung selepas permohonannya untuk menukar nama di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu ditolak, 18 Julai lalu.

Dia sebelum ini telah melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand, dua tahun lalu.

Allahyarham Mohd Ashraf Hafiz Tempah Baju Kurung Pahang

Ibu Allahyarham Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz yang gagal dalam permohonan tukar nama kepada Aleesha Farhana yang mahu dikenali sebagai Yah memberitahu anaknya itu sudah menempah baju kurung Pahang untuk Aidilfitri nanti.

Yah/Ibu
“Arwah menempah baju kurung dengan sepupunya dan suruh siapkan dalam masa satu hari dan baju tersebut siap dalam masa yang ditetapkan. Bagaimanapun, dia tidak sempat untuk melakukan perincian labuci.”

Comments (No)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.