[Video] Lelaki gantung anjing peliharaan di Banting - pakdin.my

Seorang lelaki berusia 35 tahun dilihat cuba membunuh anjing peliharaannya dengan menggantung haiwan itu pada pokok manga di tepi jalan di Banting.

Bagaimanapun perbuatan kejamnya menarik perhatian orang ramai yang menyuruhnya melepaskan anjing tersebut.

Haiwan malang itu dilihat cuba melepaskan diri daripada jerutan tali di lehernya di Batu 17 Jalan Banting-Klang berdekatan Sungai Sedu.

Insiden itu berjaya dirakam dalam satu klip video. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan bila ia berlaku. Sebab lelaki itu itu bertindak demikian juga tidak diketahui.

“Awak siapa?, soal lelaki itu dalam video tersebut.

“Awak orang kerajaan ke? Saya yang besarkan anjing ini, dan saya boleh berbuat apa sahaja yang saya mahu.

“Saya akan bunuhnya kalau saya mahu.

“Kalau awak orang kerajaan pun, saya tak peduli. Saya tak takut,” katanya kepada seorang lelaki lain yang menegur perbuatannya.

Apabila lelaki itu berkeras supaya dia melepaskan anjing itu, lelaki pertama tadi melepaskan tali yang menjerut leher haiwan itu.

Ia jatuh ke tanah, tercungap-cungap, tetapi kelihatan tidak cedera.

Difahamkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar merampas anjing dan tali pengikatnya pada jam 11.30 pagi tadi.

Tindakan dijangka akan diambil ke atas lelaki terbabit selepas siasatan dijalankan.

Lelaki yang menggantung anjing peliharaannya ditegur orang ramai kerana perbuatan kejamnya pakdin.my
UTAMABERITA Lelaki gantung anjing peliharaan di Banting

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium