JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki di Baling, Kedah selepas dipercayai memuat naik kenyataan jelik terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dalam laman Facebook, hari ini.
Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu hari ini dan membuka kertas siasatan bagi mengesan individu yang dipercayai melakukan kesalahan itu.
Katanya, tindakan pantas Polis Kontinjen Johor dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kontinjen Kedah berjaya menahan lelaki itu di perkarangan Balai Polis Baling, Kedah pada jam 6.30 petang tadi.
“Turut dirampas daripada suspek ialah tiga telefon bimbit, tiga kad peranti, lima kad memori dan sebuah pena pemacu.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya selain boleh didenda selanjutnya bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Wan Ahmad Najmuddin turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan laman sosial tanpa berfikir panjang atau bersedia menghadapi tindakan tegas pihak berkuasa.
Lelaki Keluar Kenyataan Jelik Terhadap Sultan Johor Ditahan (https://t.co/H6To6568ve)
JOHOR BAHRU: Polis… https://t.co/KMahHQRRf5
Lelaki Keluar Kenyataan Jelik Terhadap Sultan Johor Ditahan (https://t.co/duXgdD0KTG)
JOHOR BAHRU: Polis… https://t.co/zG5oGqewwj
Lelaki Keluar Kenyataan Jelik Terhadap Sultan Johor Ditahan https://t.co/1zA1HNoMXk
Lelaki Keluar Kenyataan Jelik Terhadap Sultan Johor Ditahan https://t.co/1zA1HNoMXk
Sejak pembangkang byk berkuasa..byk rakyat dan penyokong mereka semakin biadap dan langsung tak tau hormat prinsip rukunegara..apa sudah jd…. sifat kebencian berjaya ditanam dikalangan rakyat yg kurang iman…
ini bukan kurang iman… ini kurnag ajau… eloklah ada. pihak yg kutip dia bg pengajaran high curlass tuk dia.. klu tidak smpai meninggal bodoh memanjang…
sebab jari badan merasa
Satu pengajaran kpd yg kurang ajar.
Klu Melayu laju je kena tahan.. Cuba jenguk2 blog/fb rkn2 yg terang2 anti-Melayu & anti-Islam yg guna tulisan2 yg mungkin x semua x fhm, semuanya penuh dgn maki-hamun, rasis, menghina, kata2 nesta dan kesat, penuh biadap dan kurang ajar.. tangkap dan sumbat mereka ke Penjara dgn wang penalti yg tinggi…Baru ada keadilan…
Klu Melayu laju je kena tahan.. Cuba jenguk2 blog/fb rkn2 yg terang2 anti-Melayu & anti-Islam yg guna tulisan2 yg mungkin x semua x fhm, semuanya penuh dgn maki-hamun, rasis, menghina, kata2 nesta dan kesat, penuh biadap dan kurang ajar.. tangkap dan sumbat mereka ke Penjara dgn wang penalti yg tinggi…Baru ada keadilan…
ct kasim x tahan pon?kuasa duit xde sape bo lawan