Lelaki lapor polis azan masjid berdekatan rumah terlalu kuat

SEORANG lelaki Melayu membuat laporan polis mendakwa laungan azan dari masjid berdekatan rumahnya terlalu kuat dan bising sehingga mengganggu kesihatan dirinya.

Salinan laporan polis yang dibuat lelaki berusia 57 tahun itu, tersebar di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp.

Berdasarkan laporan polis itu, individu bernama Abdul Halim bin Muhamad Said yang tinggal di Taman Koperasi Polis, Batu Caves Selangor mendakwa gangguan bunyi bising dari Masjid Bilal Ibn Robah berhampiran rumahnya terlalu kuat ketika azan, ceramah, bacaan Al-quran dan Qiamullail.

Gangguan itu dakwanya menyebabkan dia mengalami sakit dada selain kesihatan serta ketenteramannya terganggu.

Perkara itu telah diadukan kepada pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Islam (Datuk Dr Mujahid Yusof) lapornya.

Dakwanya lagi, bunyi bising itu telah mengganggu dan menyakiti dirinya bertahun-tahun lamanya

Sumber Milosuam

93 KOMEN

  1. Mesti bela hntu raya..tdkpun jin…2 yv bdn sakit2..sesak nafas..msti geng ph nie…mcm mna bleh pi mgadu kt mujahid ular sawa..kebel kuat..nk mnjatuhkn mruah org islam..cepat sgguh..tua2 dh..tpi masih buta agama..

  2. Umah aku btul2 dkat dgn msjd.. X pyh pki alarm hphne,, automatik tbgun sndri.. kire punce rzki jgklah.. ke jns x solt subh?? Bkn lelaki melayu sjati doh ni.. Reject jewk la xleh wat tok laki.. hrp ke laki tp hampeh..aym pun reti base bgun seawl pgi bkokok tnde subuh dh nk hmpir.. klu org kpg dgor aym jntn bkokok trus bgun.. klu alik bndr hrpkn azan sejid tu pun ngadu domba..

  3. Wartawan ..tolong perjelaskan lagi tetntang penulisan Ni .bleh jatuh fitnah Ni .. org bukan Islam bleh fikir lain..Dan org Islam juga bleh fikir lain terhadap pakcik tu.. nk jd wartawan ..betul2 la

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini