Lelaki Malaysia Ditemui Mati Dalam Bilik Hotel Di Ho Chi Minh - pakdin.my

Mohd Azhar Abdull Wahab ho chin minh

Seorang rakyat Malaysia dijumpai meninggal dunia di sebuah bilik hotel di Bandar Raya Ho Chi Minh semalam, kata Kementerian Luar Malaysia hari ini.

Lelaki berusia 33 tahun itu dikenal pasti sebagai Mohd Azhar Abdull Wahab.

Dalam kenyataannya, kementerian itu berkata polis Bandar Raya Ho Chi Minh masih menyiasat punca kematian Mohd Azhar.

Kata kementerian itu, Pejabat Konsul Jenderal Malaysia dimaklumkan tentang kematian Mohd Azhar oleh Jabatan Hubungan Luar Negara Bandar Raya Ho Chi Minh.

“Sebaik sahaja menerima maklumat mengenainya, Pejabat Konsul Jeneral terus menghubungi keluarga Allahyarham bagi menyampaikan khabar sedih itu. Para pegawai Pejabat Konsul Jeneral sedang berhubung dengan keluarga simati bagi menghulurkan bantuan dan sokongan,” katanya.

Kementerian itu mengutuskan ucapan takziah kepada keluarga Mohd Azhar.

UTAMABERITALelaki Malaysia Ditemui Mati Dalam Bilik Hotel Di Ho Chi Minh

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium