Lelaki maut, kereta dipandu terjunam ke laut

Berkaitan

Terkini

kereta-terjunam-dalam-laut-port-klang

PELABUHAN KLANG: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terjunam ke laut berhampiran Royal Selangor Yatch Club, di sini, malam tadi.

Bekas pekerja pelabuhan, Lim Shoon Bock, 58, dari Taman Bayu Perdana, di sini, dikatakan baru selesai makan malam di kelab berkenaan, sebelum kejadian kira-kira itu jam 9 malam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat, berkata selepas selesai makan malam bersama rakannya, mereka beredar untuk pulang, sebelum mangsa dipercayai berpatah balik.

“Kejadian itu disedari pekerja kelab berkenaan dan mangsa hanya dapat dinaikkan ke darat pada jam 11.40 malam.

“Polis belum mengetahui punca kejadian sama ada mangsa dalam keadaan mabuk atau dia tersesat ketika memandu pulang.

“Kami perlu menunggu laporan bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1997,” katanya di sini.

Kamarul Zaman berkata, mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR ) untuk dibedah siasat.

Leave a Reply