25.4 C
Kuala Lumpur
Monday, October 26, 2020

Lelaki Maut Selepas Kereta Terbabas Dan Terhumban Di Segambut

kemalangan-segambut

Seorang maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki terbabas dari tebing sebuah bulatan dan terhumban ke laluan di bawahnya, di ibu negara, awal pagi tadi.

Mangsa yang maut, tercampak keluar setelah kereta terbabit terbalik beberapa kali di tebing bulatan itu.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 3.30 pagi di Bulatan Segambut dari arah Jalan Duta.

Ketika menghampiri bulatan, kereta Toyota Altis yang dinaiki tiga sahabat ini dipercayai hilang kawalan.

Ia kemudian merempuh tebing bulatan dan terbalik beberapa kali sebelum terhumban di atas jalan di bawahnya.

Salah seorang penumpang turut tercampak keluar dan cedera parah di kepala.

Mangsa yang dikenali sebagai Vinesh Naidun, 21 tahun, maut di tempat kejadian.

Seorang rakannya yang berjaya keluar dari kereta dan cuba membantu, bagaimanapun dirempuh sebuah kereta yang tidak sempat mengelak kemalangan itu.

Mangsa yang cedera parah bersama pemandu kereta, dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan.

Manakala mayat Vinesh dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Saksi kejadian diminta menghubungi polis untuk membantu siasatan.

Kes di siasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 






Berita Berkaitan

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan