Lelaki maut tercampak akibat kemalangan di Jalan Ampang Pechah, Kuala Kubu Bharu - pakdin.my

kemalangan-maut-jalan-ampang-pechah-kkb

Kuala Kubu Bharu: Pemandu Perodua Kancil maut selepas tercampak keluar dari keretanya selepas kereta dipandu dilanggar kereta lain di Jalan Hamzah, dekat Persimpangan Kampung Orang Asli Buloh Telur, Ampang Pecah dekat sini petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira 4.30 petang ketika mangsa dikatakan keluar dari persimpangan itu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, ketika kejadian pemandu sebuah kereta lain dipercayai dari arah Kuala Kubu Bharu menghala ke Rasa.

“Apabila sampai di Jalan Hamzah iaitu di jambatan di kawasan itu tiba-tiba Perodua Kancil keluar dari simpang menyebabkan kereta lain melanggar bahagian hadapan sebelah kanan Kancil.

“Keadaan itu menyebabkan pemandu Perodua Kancil tercampak keluar dan jatuh di permukaan jalan lalu meninggal dunia di tempat kejadian.

“Manakala kereta satu lagi terbabas ke kanan jalan lalu melanggar sebatang pokok dan masuk ke semak,” katanya.

UTAMAPOLITIKLelaki maut tercampak akibat kemalangan di Jalan Ampang Pechah, Kuala Kubu Bharu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium