Lelaki Maut Terjatuh Dari Kondominium Bukan Pegawai Imigresen - pakdin.my

Jabatan Imigresen, Rabu, menjelaskan bahawa lelaki yang ditemui mati selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 12 kediamannya di Kondominium Magnaville, Selayang, Selasa bukan lagi petugas jabatan itu.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad berkata berdasarkan rekod perkhidmatan, mangsa bukan lagi kakitangan di jabatan berkenaan sejak 10 Mei lepas.

“Subjek (mangsa) bukan lagi penjawat awam atau kakitangan di Jabatan Imigresen Malaysia kerana subjek telah diambil tindakan disiplin iaitu buang kerja berkuat kuasa 10 Mei 2011 di atas kesalahan tidak hadir bekerja,” kata beliau dalam kenyataan di sini.

Laporan akhbar menyebut seorang pegawai imigresen di Pusat Bandar Damansara di ibu negara, maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 12 kediamannya di Selayang.

Dalam kejadian pukul 7.45 malam itu, mangsa Mohd Irwan Mohd Ishak, 29, dipercayai cuba keluar melalui tingkap rumahnya untuk ke laluan tangga berdekatan sebelum tergelincir dan terjatuh di lantai tingkat dua kondominium berkenaan.

Mangsa berbuat demikian kerana dikatakan enggan berjumpa tiga anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban berhubung siasatan satu kes penipuan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Pegawai Imigresen Maut Terjatuh Dari Tingkat 12

UTAMABERITALelaki Maut Terjatuh Dari Kondominium Bukan Pegawai Imigresen

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium