26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, September 28, 2020

]Video] Lelaki mengamuk, berang kereta dipotong

  • Suspek yang memandu kereta jenis ToyotaHarrier itu, disyaki marah kepada mangsa yang memotong kenderaannya
  • Mangsa mengakui memotong kenderaan terbabit disebabkan suspek memandu sangat perlahan serta dalam keadaan ke kiri dan ke kanan
  • Suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau.

PASIR MAS: Berang kereta yang dipandunya dipotong, seorang lelaki bertindak luar kawalan dengan melanggar dan menghimpit kenderaan Perodua Kancil sehingga terbabas ke dalam parit.

Malah, suspek berusia 45 tahun dikatakan turut memukul mangsa yang juga pemandu Perodua Kancil berusia 35 tahun, menggunakan besi dalam kejadian di Jalan Kampung Atas Pinggir, Bunut Susu, di sini, jam 4.46 petang.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif, berkata, hasil siasatan mendapati, suspek yang memandu kereta jenis ToyotaHarrier itu, disyaki marah kepada mangsa yang memotong kenderaannya.

“Mangsa mengakui memotong kenderaan terbabit disebabkan suspek memandu sangat perlahan serta dalam keadaan ke kiri dan ke kanan.

VIDEO TULAR DI MEDIA SOSIAL.

“Sebaik sahaja mangsa memotong, suspek terus mengekori dan menghimpit sehingga kenderaan mangsa terbabas. Suspek kemudian meluru dan memukul mangsa menggunakan besi sehingga menyebabkan kecederaan.

“Berikutan kejadian itu, mangsa mengalami luka sepanjang 3 sentimeter (cm) di kepala dan bengkak serta calar di lengan. Mangsa mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang,” katanya.

Terdahulu, video berdurasi 20 saat tular di Facebook hari ini, menunjukkan seorang lelaki berbaju putih yang tidak berpuas hati memukul pemandu kereta Perodua Kancil menggunakan besi dipercayai selepas berlaku kemalangan.

Mengulas lanjut, Mohamad Roy berkata, hasil siasatan juga mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau.

“Selain itu, semakan mendapati kenderaan dinaiki suspek didaftarkan atas nama seorang pemilik wanita di Bangi. Pemilik kenderaan sudah dihubungi dan menjelaskan bahawa kenderaan ini diberikan sambung bayar kepada sebuah syarikat kereta di Kelantan.

“Pihak kami masih mengesan suspek dan tindakan lanjut akan diambil atas kesalahan yang dilakukannya. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 324 dan 279 Kanun Keseksaan,” katanya.

Berita Berkaitan

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Komen

..

Drama pemilihan Ketua Menteri Sabah belum tamat, Zahid bertegas

KOTA KINABALU – Konflik pemilihan Ketua Menteri Besar Sabah masih belum terjawab meskipun pimpinan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) telah mengadap Yang Dipertua Negeri Tun,...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan