Lelaki mengamuk bunuh adik lumpuh, ibu saudara - pakdin.my

BALING – Seorang lelaki dipercayai mempunyai masalah mental bertindak memukul sehingga mati adik kandung yang lumpuh dan ibu saudara mereka dalam kejadian di Kampung Lanai dekat sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, suspek yang berusia 32 tahun itu dipercayai bertindak memukul adiknya, Mohd. Azwan Wahab, 26, yang lumpuh sejak empat bulan lalu akibat kemalangan dengan sebatang kayu

Sementara ibu saudaranya, Rokiah Abdullah, 54, dikatakan cuba menenangkan amukan suspek turut dipukul pada muka dengan bata di pekarangan rumah mereka.

Menurut kakaknya, Zurina Wahab, 39, kejadian berlaku pantas apabila suspek dikatakan tiba-tiba mengamuk dan mengambil sebatang kayu yang dijadikan kayu api memukul Mohd. Azwan hingga mati.

“Ketika itu saya sedang mendodoi anak saya yang berusia lima bulan di ruang tamu dan adik saya tiba-tiba mengamuk lalu mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Mohd. Azwan lalu bertindak memukulnya dengan kayu.

“Saya kemudian mengambil anak saya lalu berlari keluar rumah untuk meminta pertolongan,” katanya di sini hari ini. Suspek diberkas penduduk kampung sebelum diserahkan kepada pihak polis.

20161002-mengamuk-bunuh-adik-ibu-saudara-baling

UTAMABERITALelaki mengamuk bunuh adik lumpuh, ibu saudara

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium