Lelaki OKU rentung dalam kebakaran di Mukah - pakdin.my

ANGGOTA polis mengusung keluar mayat mangsa, Abdul Rais Hanafi yang rentung dalam kebakaran memusnahkan dua buah rumah papan di kampung Litong, Mukah, Sarawak.
ANGGOTA polis mengusung keluar mayat mangsa, Abdul Rais Hanafi yang rentung dalam kebakaran memusnahkan dua buah rumah papan di kampung Litong, Mukah, Sarawak.

MUKAH 21 Jun – Seorang lelaki kurang upaya (OKU) rentung selepas rumah didiaminya musnah dalam kebakaran di Kampung Litong di sini hari ini.

Kejadian berlaku pukul 9.15 pagi ketika mangsa, Abdul Rais Hanafi, 25, tinggal berseorangan dan mayatnya ditemui dalam keadaan rentung di bawah timbunan kayu rumah berkenaan.

Menurut sumber, ketika kejadian mangsa dipercayai terperangkap dalam sebuah bilik yang terletak di tingkat atas rumah kayu berkenaan.

“Mangsa cuba keluar dari bilik itu namun akibat api yang terlalu besar dia gagal menyelamatkan diri.

“Jiran di sini tidak berapa mengenali mangsa kerana dia kurang bergaul dengan orang luar dan difahamkan dia tinggal bersama keluarga angkatnya di rumah itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, jurucakap polis Mukah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan memberitahu mayat Abdul Rais telah dihantar ke Hospital Mukah untuk bedah siasat.

Beliau berkata, mayat mangsa dikeluarkan selepas pasukan bomba dan penyelamat mengambil masa kira-kira 40 minit memadam kebakaran tersebut.

Katanya, punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat.

UTAMABERITASARAWAKLelaki OKU rentung dalam kebakaran di Mukah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium