Lelaki parah diserang 3 individu bersenjatakan pedang - pakdin.my

MANGSA yang terbaring selepas cedera parah ditetak tiga suspek tidak dikenali semalam.
MANGSA yang terbaring selepas cedera parah ditetak tiga suspek tidak dikenali semalam.

JERTIH: Seorang lelaki berusia 29 tahun dari Kampung Air Tawar Semerak Pasir Puteh, Kelantan cedera parah seluruh badan ditetak tiga suspek tidak dikenali semalam.
Ketika kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa berada di dalam kedai gunting rambut di Kampung Pacakan Kuala Besut, dekat sini.
Apabila melihat tiga lelaki bersenjatakan pedang dan bertopeng menyerbu masuk ke kedai itu, mangsa cuba melarikan diri melalui pintu belakang.
Bagaimanapun ketiga tiga suspek mengejar dan dapat menetak mangsa.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian berkenaan.

UTAMABERITALelaki parah diserang 3 individu bersenjatakan pedang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium