Lelaki Sakit Mental Maut Terjatuh Dari Pangsapuri Di Pulau Pinang (video) - pakdin.my

Lelaki Sakit Mental Maut Terjatuh Dari Pangsapuri Di Pulau Pinang

Seorang lelaki ditemui mati setelah jatuh dari sebuah pangsapuri 18 tingkat di Jalan Delima, Green Lane, Pulau Pinang pagi tadi.

Mangsa yang berusia 42 tahun itu, dikatakan mengalami masalah mental.

Mayatnya ditemui penduduk dalam keadaan terlentang dengan kecederaan teruk di kepala kira-kira jam 8 pagi.

Tangan kirinya turut patah.

Mangsa Lim Swee Chye, tinggal bersama ibunya di tingkat empat pangsapuri berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superitenden Ismail Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk bedah siasat.

 

UTAMALelaki Sakit Mental Maut Terjatuh Dari Pangsapuri Di Pulau Pinang (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium


Warning: Module "mbstring" is already loaded in Unknown on line 0