Lelaki terjun apartmen, bongkar kegiatan makmal mini syabu - pakdin.my

Gambar hiasan

Tindakan nekad seorang lelaki Acheh terjun dari tingkat enam sebuah apartmen, di sini, hari ini setelah empat hari dikurung oleh anggota sindiket dadah membongkar kegiatan makmal mini yang memproses dadah jenis syabu di apartmen berkenaan.

Sumber polis berkata lelaki Acheh warga Indonesia itu, yang juga pengedar dadah, sebelum itu ditahan oleh sindiket memproses dadah di apartmen berkenaan kerana tidak cukup wang untuk membeli dadah syabu sebanyak tiga kilogram.

Lelaki itu berjaya meloloskan diri dengan terjun ke bawah dari tingkat enam dan mengalami kecederaan sebelum orang ramai memaklumkan kejadian itu kepada polis.

Ketua Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadeer yang mengesahkan perkara iu berkata susulan kejadian itu, pihak polis telah menyerbu apartmen berkenaan 8 pagi ini dan menemui makmal berkenaan yang kebanyakan dadah syabu masih diproses iaitu di dalam bentuk cecair.

“Di apartmen berkenaan polis menahan empat lelaki tempatan dan siasatan susulan membawa polis ke sebuah rumah di Desa Damai Perdana, Kajang dan polis menahan seorang lagi lelaki tempatan serta merampas 500 gram syabu bernilai RM60,000.

Polis juga menahan lelaki Acheh itu selepas beliau mendapatkan rawatan di hospital berdekatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Nordin berkata keenam-enam mereka, berumur 20 dan 30 tahun, kini ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya dan mereka didapati positif dadah setelah menjalani ujian air kencing.
Beliau berkata siasatan awal polis mendapati kumpulan itu telah beroperasi lebih dari setahun dan menyewa di apartmen berkenaan sejak tiga minggu lalu.

“Kumpulan itu mendakwa belajar memproses dadah syabu berkenaan melalui internet,” katanya.

Polis percaya dengan tertangkapnya enam lelaki berkenaan, polis berjaya melumpuhkan pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang.

UTAMABERITALelaki terjun apartmen, bongkar kegiatan makmal mini syabu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium