Kes Liwat – Lelaki Y Sah Datuk Seri Anwar Ibrahim

Sah, lelaki ‘Y’ adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia berdasarkan profil DNA daripada tiga bahan bukti yang mengandungi DNA Datuk Seri Anwar sepadan dengan air mani ditemui pada dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Misteri siapa lelaki Y terungkai di akhir kes pendakwaan kes liwat membabitkan ketua pembangkang itu siang tadi.

Dalam keterangan saksi pendakwaan sebelum ini, tiga objek, tuala good morning, botol air mineral dan berus gigi dianalisis untuk sampel DNA.

Manakala calitan diambil dari dubur pengadu, mempunyai kesan air mani.

Peguam Cara Negara Dua, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abidin dalam hujahnya berkata, hasil ujian kimia kedua-duanya sepadan dengan DNA tertuduh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here