Ia tidak berbau dan berwarna, bagaimanapun hidangannya membangkitkan selera seseorang dengan rasanya yang enak dan mudah diubah suai mengikut sajian tertentu.
Itu kelebihan hidangan dihasilkan daripada tepung lemantak yang berasaskan sagu dan popular sebagai hidangan istimewa masyarakat Melanau.
Tepung lemantak ini lazimnya digunakan untuk membuat sajian seperti linut, tebaloi dan lempeng.
Dikenali sebagai makanan ruji masyarakat Melanau namun hidangan ini juga digemari suku kaum lain di Sarawak.
Jini Engkabang, 63, yang mengusahakan perusahaan tepung lemantak berkata, bahan itu diperoleh daripada isi pokok rumbia yang banyak ditanam di kampungnya dekat Kampung Dit.
Menurutnya, isi pokok rumbia yang diproses menjadi tepung itu lazimnya akan dijadikan tepung sagu yang berbentuk seperti bebola kecil dan halus.
Lemantak: Tiada bau tiada warna https://t.co/aSC2oO7j62 https://t.co/avoYZl1Zso
Lemantak: Tiada bau tiada warna: Ia tidak berbau dan berwarna, bagaimanapun hidangannya membangkitkan selera s… https://t.co/Av2fUYQDuX
Lemantak Warisan Sarawak: Tiada bau tiada warna – pakdin.my https://t.co/Pd1f5aMrPg
Tiap kali ke Kuching kedai mesti tutup kan Rufaizah Bujang hahahaha
Kena pergi Mukah lah
Lemantak Warisan Sarawak: Tiada bau tiada warna https://t.co/Gekx10gr4h
Hujung bulan ni Regatta Mukah pak Din Ibni Idrus hehe tp Kedai kt Kuching dah selalu buka skrg 😛
Tunggu pesta Kaul nanti
InsyaAllah 25/12 saya ada di Kuching
Ok pak Din Ibni Idrus bgtau jer sampai Kuching hehe 😛
Rufaizah Bujang liked this on Facebook.