Lenovo perkenal Phab Plus – Phablet 6.8 inci - pakdin.my

lenovo-phab-plus-1
Lenovo Malaysia memperkenalkan phablet Phab Plus yang mempunyai saiz 6.8 inci jenis IPS HD penuh, namun direka senipis 7.6mm saja.
Phablet yang dijual pada harga RM1,199 terbabit kini boleh ditempah sehingga 27 September sebelum dihantar kepada kepada pengguna dengan beberapa faedah termasuk pindah turun 100 lagu percuma, langganan e-majalah dan baucar pembelian barangan Superdry.
Lenovo Phab Plus mempunyai kuasa pemprosesan Qualcomm Snapdragon 615 octa core berkelajuan 1.5GHz dengan RAM sebanyak 2GB jenis LPDDR3.
Ia mempunyai setoran dalaman berkapasitia 32GB dengan slot kad memori mikroSD selain kamera beresolusi 13MP di belakang dan 5MP di depan.
Dilengkapi dengan 2 SIM Nano SIM dan Micro SIM, dual stand-by.
Phab Plus mempunyai bateri berkapasiti 3,500mAh.
 

UTAMALenovo perkenal Phab Plus - Phablet 6.8 inci

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium