34.1 C
Kuala Lumpur
Friday, February 26, 2021

Lepas Sajat, peminat tidak faham Aliff Syukri pilih Viviana

Sebilangan pengikut setia Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman merasakan tindakan jutawan kosmetik itu bergandingan dengan golongan transgender dilihat kurang sesuai.

Malah teguran secara terbuka turut diberikan peminat di ruang komen dan ada yang sempat dibalas oleh Alif dengan tenang.

Luah pengguna Gullishiouz, beliau hairan mengapa Aliff sering berbuat demikian.

“Datuk ni memang suka berkepit dengan mereka saja ke? 24 jam asyik tengok Datuk dengan mereka,” tulis Gullishiouz dan dijawab Aliff gandingan hanya mengikut pengurus majlis.

Kesempatan itu diambil Ikmal Ahmad, menjadikan isu Sajat pergi menunaikan umrah dengan meminta Aliff menasihat rakan baiknya agar tidak menimbulkan kebencian ramai.

“Datuk kalau Sajat dah balik Datuk nasihat la sikit dia tu. Sudah-sudahlah tu buat kami marah saja,” tulis Ikmal.

Reaksi peminat diberikan menerusi perkongsian video oleh Aliff di laman Instagramnya selepas pelancaran butik ekslusif D’Herbs dekat Aeon Mall Bukit Tinggi.

Perkongsian itu memperlihatkan beliau digandingkan dengan Viviana Abdullah, yang bertanyakan sama ada dia lebih cantik daripada Sajat menerusi video berdurasi 2 minit 27 saat.

Alif memuji ‘terlajak cantik’ namun tidak dapat memberikan jawapan tentang pertanyaan Viviana itu.

Mereka sempat mengusik polis pengiring Aliff dengan bertanyakan sama ada Viviana cantik atau tidak.

“Cantik..geram jugak,” jawab polis yang tidak dipaparkan mukanya menerusi rakaman.

Perkongsian video pelancaran butik baru itu mendapat lebih 80,000 tanda suka selepas sejam dimuat naik.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.