24.1 C
Kuala Lumpur
Friday, November 27, 2020

Letupan Bom Jakarta: Lima Suspek Pengganas, Dua Orang Awam Maut

bom-bunuh-diri-jakarta

JAKARTA: Insiden serangan di Jakarta sudah berakhir dan tiada pelaku yang masih bebas, kata polis pada Khamis.

Insiden letupan yang menggegar ibu negara itu menyebabkan lima suspek pengganas dan dua orang awam maut.

“Buat masa ini keadaan terkawal,” kata jurucakap polis di Jakarta, Muhammad Iqbal.

Ketika ditanya sama ada suspek pengganas masih lagi bebas, beliau menjawab:”Kami boleh beri jaminan bahawa tiada pelaku yang masih bebas.”


Timbalan Ketua Polis Indonesia, Budi Gunawan mengesahkan insiden tersebut telah berakhir.

Terdahulu, Menteri Koodinator Politik, Hukum dan Keamanan Luhut Pandjaitanberkata lima suspek pengganas dan dua orang awam dilaporkan maut dalam insiden serangan itu.

Seorang orang awam yang maut dikenal pasti sebagai warga Kanada.

Tiga belas orang lagi dilaporkan parah termasuk lima anggota polis.

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab melakukan serangan tersebut.

Luhut berkata daripada lima suspek penjenayah yang mati itu, tiga ditembak polis manakala dua lagi membunuh diri di dalam dan di depan restoran Starbucks di bangunan Gedung Cakerawala yang terletak di seberang jalan Gedung Sarinah.


“Masyarakat awam yang meninggal satu warga Indoensia dan satu warga asing, ramai yang luka dan sekarang dimasukkan ke hospital,” katanya ketika melawat tempat kejadian.

Dalam kejadian pukul 10.50 pagi, sekumpulan lelaki yang memakai baju putih dan berseluar ‘kargo’ membawa bom dan senjata api menyerang pondok polis di Jalan MH Thamrin.

Polis kemudiannya membalas tembakan dan berjaya menembak tiga daripada mereka manakala dua lagi yang cuba melarikan diri kemudiannya membunuh diri.

Setakat ini polis masih belum mengesahkan sama ada kumpulan penyerang terbabit adalah kumpulan pengganas atau kumpulan ajaran sesat.

Presiden Indonesia Joko Widodo turut meluangkan masa melawat tempat kejadian pada kira-kira pukul 4 petang Khamis dan menggesa polis menyiasat kes itu secara mendalam bagi membanteras segala kegiatan pengganas di negara itu.


Keadaan di Gedung Sarinah kembali aman dan laluan di hadapan gedung itu mula dibuka kepada kenderaan awam.

Walaupun masih terdapat pasukan khas polis mengawal sekitar kawasan kejadian namun orang ramai dibenarkan melalui kawasan jalan utama di pusat bandar itu.

Bagaimanapun masih terdapat pasar raya, kedai dan restoran terus menutup kedai masing-masing atas alasan keselamatan.

Seorang pekerja restoran yang hanya mahu dikenali sebagai Deena, berkata majikannya membenarkan mereka pulang setelah perniagaan ditutup sejak pukul 11 pagi ekoran kejadian serangan bom berkenaan.

Berita Berkaitan

Dua rangka mangsa letusan gunung berapi 79 Masihi ditemui

POMPEII, ITALI: Mayat dua mangsa letusan Gunung Vesuvius hampir 2,000 tahun lalu digali di...

UAE kini benarkan pasangan belum berkahwin tinggal serumah

ABU DHABI: Pengambilan alkohol kini bukan lagi kesalahan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) selagi...

Hospital AS dalam tekanan ekoran kes meningkat

WASHINGTON: Hospital di seluruh Amerika Syarikat (AS) sekali lagi berdepan dengan tekanan, sehingga memaksa...

Ulama tersohor Syria selamat disemadi

Ulama tersohor Syria, Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buti selamat disemadikan di perkarangan Masjid...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...