28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 29, 2020

LETUPAN BUNGA API:"SEMUA LARI BERTEMPIARAN, ADA YANG TERJATUH" – SAKSI

KLANG: Pertunjukan bunga api sempena sambutan Tahun Baharu 2017 di tapak Fiesta Gegar Klang di padang Kompleks Sukan Pandamaran di sini, Sabtu malam, terhenti seketika sebelum bunga api dilihat meletup dan mencederakan beberapa penonton yang berkumpul menyaksikan pertunjukan itu.

Perkara ini diceritakan seorang saksi kejadian, Nadia Hassan, 38, yang membuka gerai haiwan di fiesta berkenaan.

Lokasi gerai Nadia terletak kira-kira 20 meter dari tempat kejadian.

Menurutnya, letupan bunga api pertama berjalan lancar tanpa sebarang masalah, namun letupan kedua dan ketiga dilihat menuju ke arah penonton.

“Ketika itu, semua penonton berlari ke belakang untuk berlindung, banyak juga barang di gerai saya jatuh dilanggar penonton,” katanya kepada Bernama di sini, Ahad.

Pertunjukkan bunga api itu merupakan sebahagian daripada program fiesta anjuran Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang berlangsung dari 30 Disember hingga Ahad.

Selain pertunjukan bunga api, program-program lain yang dijadualkan sepanjang fiesta itu antaranya, jualan gerai; food truck; persembahan badut; persembahan motosikal; senamrobik perdana dan kayuhan santai basikal.

Dalam kejadian itu, seramai 14 pengunjung cedera iaitu 10 dewasa dan empat kanak-kanak akibat terkena serpihan letupan bunga api.

Difahamkan bunga api yang digunakan meletup sebelum ia berada di udara.

Seorang lagi saksi, Radin Mohd Fasbillah, 18, yang bekerja di gerai sama pula berkata ketika kejadian, penonton pertunjukan bunga api dilihat dalam keadaan bersesak-sesak dan kedudukan mereka agak hampir dengan lokasi pertunjukan itu.

“Di hadapan gerai saya bekerja ini penuh dengan pengunjung, kedudukan gerai dengan lokasi pertunjukan bunga api dalam 20 meter.

“Bila bunga api itu mula tumbang semua orang lari bertempiaran, ada yang terjatuh,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati fiesta berkenaan diteruskan seperti yang dijadualkan dan para peniaga dilihat membuka gerai mereka seperti biasa.

Turut kelihatan para peserta program kayuhan santai basikal dan beberapa program lain yang disusun, berjalan seperti biasa.

Terdahulu, usaha Bernama untuk menemu bual mangsa yang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini, gagal apabila dimaklumkan petugas hospital bahawa kesemua mangsa telah dibenarkan pulang sejurus menerima rawatan sebagai pesakit luar.

20170101-letupan-bungapi-klang

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

Komen

..

BERSATU Mungkir Janji, Bung ‘Mengamuk’ Di Hadapan Hajiji

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dikatakan mengamuk di hadapan Ketua Menteri Sabah yang baharu, Datuk Seri Hajiji Noor...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,348PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan