Letupan Di Hat Yai: Seorang Rakyat Malaysia Masih Hilang – Anifah - pakdin.my


Ketua Polis Thailand Priewpan Damapong mengesahkan letupan adalah kerana bom yang diletakkan dalam kereta ditempat kejadian.

Salah seorang rakyat Malaysia yang cedera dalam kejadian pengeboman Hotel Lee Garden Plaza, Wong Sze Ee,33, kini mendapat rawatan di Hospital Nagarind Songkla.
Salah seorang rakyat Malaysia yang cedera dalam kejadian pengeboman Hotel Lee Garden Plaza, Wong Sze Ee,33, kini mendapat rawatan di Hospital Nagarind Songkla.

Seorang rakyat Malaysia dilaporkan masih hilang dalam kejadian letupan bom di Hat Yai pada Sabtu, dan kerajaan Malaysia pada Ahad menasihati rakyat agar mengelak daripada mengunjungi wilayah selatan Thailand tanpa sebab kukuh.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, pihak berkuasa Thai sudah menjalankan ujian DNA ke atas satu mayat yang tidak dikenali dan keputusannya akan diketahui pada Isnin.

“Kami masih tidak tahu keadaan rakyat Malaysia yang hilang itu dan identitimayat yang tidak dikenali yang dijumpai di kawasan kejadian,” katanya kepada kumpulan wartawan Malaysia, di sini pada Ahad.

Beliau mengesahkan seorang rakyat Malaysia terbunuh dan 27 lagi cedera termasuk 10 mengalami kesan terbakar yang serius antara 30 hingga 50 peratus.

Sepuluh mangsa terbabit masih dirawat di tiga hospital di selatan Thailand ekoran kesukaran bernafas dan lain-lain kecederaan berkaitan.

Yang terbunuh dikenal pasti sebagai Low Thian Hock, 46, dari Kulim, Kedah.

Mereka yang parah pula ialah Lew Kim Lai, 39, Lim Hock Bee, 37, Wong Sze Ee, 32, Fook Hock Chuan, 33, Chiaw Pui Pui, 32, Chiaw Pui Hoon, 34, Chiaw Pui See, 33, Choo Kok Boon, 46, Sagunthala a/p Krishnan, 34, dan Mini Ng, 35.

Seramai 17 lagi diberi rawatan pesakit luar.

Seramai 10 orang terbunuh manakala lebih 300 cedera dalam serangan bom di Lee Garden Hotel di Hat Yai pukul 1 tengah hari waktu tempatan pada Sabtu.

Anifah berkata, siasatan awal pihak berkuasa Thai mendapati bom diletakkan pada dua buah motosikal, sebuah kereta dan pikap yang diletak di kawasan parkir hotel.

Pada awalnya pihak berkuasa menyangka letupan berpunca daripada kebocoran gas namun merumuskan kejadian akibat letupan selepas menemui sisa bahan kimia selepas melakukan siasatan.

Anifah berkata, waris semua mangsa telah dimaklumkan dan kerajaan akan membantu mempermudahkan perjalanan jika mereka berhasrat menziarahi anggota keluarga yang cedera.

Katanya, semua keperluan perubatan dan kos bagi rakyat Malaysia yang cedera akan ditanggung pihak berkuasa Thai.

Beliau juga menasihati waris agar tidak berusaha membawa pulang saudara mereka yang cedera pada masa ini memandangkan kecederaan yang dialami tidak membenarkan mangsa dipindahkan.

Anifah juga akan mendapatkan penjelasan daripada rakan sejawatannya dari Thailand Dr Surapong Tovichakchaikul malam Ahad bagi menentukan sama ada keadaan adalah selamat bagi rakyat Malaysia berkunjung ke selatan Thailand susulan insiden itu.

Menteri luar Asean berada di sini bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Luar Asean esok dan Sidang Kemuncak Asean pada hari berikutnya

Berita terdahulu:

Letupan Di Hat Yai: Pekerja Restoran Malaysia Dilaporkan Hilang

KANGAR: Seorang pekerja restoran dari Kuala Kedah dilaporkan hilang dalam kejadian letupan bom di bangunan Hotel Lee Gardens Plaza di bandar Hat Yai pada Sabtu, yang mengorbankan 10 mangsa termasuk seorang rakyat Malaysia.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan berkata, Tan Peng Chan, 39, gagal ditemui selepas kejadian pukul 1 tengah hari (waktu tempatan) itu dan keluarga mangsa memaklumkan tentang kehilangan itu pada Ahad.

Katanya, keluarga mangsa akan melakukan pengecaman satu mayat di Hospital Songkhla Nagarind pada Isnin.

Setakat ini, seorang rakyat Malaysia, Low Thian Hock, 46, dari Kulim, Kedah, terbunuh dan 27 lagi rakyat Malaysia cedera termasuk 11 mengalami kesan terbakar yang serius antara 30 hingga 50 peratus.

Mohd Aini berkata, mayat Low akan dihantar pulang pada Isnin.

Katanya, dua pelancong wanita, K. Sagunthala, 34 dan Mini Ng, 35, dibenarkanpulang pada Ahad selepas mendapat rawatan di Hospital Rajyindee.

UTAMABERITALetupan Di Hat Yai: Seorang Rakyat Malaysia Masih Hilang - Anifah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium