30.4 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2020

#LGErasuah – Mana dokumen projek Jambatan Ketiga Pulau Pinang?

Kementerian Kerja Raya mengesahkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang masih belum mengemukakan sebarang dokumen atau menetapkan tarikh menemui kementerian berhubung projek jambatan ketiga.

Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, kementeriannya menegaskan lagi bahawa ia komited dalam membuat penilaian adil terhadap cadangan jambatan ketiga itu, untuk menghubungkan Pulau Pinang dengan tanah besar.

“Kami mengingatkan kerajaan Pulau Pinang agar berkongsi dengan kami semua dokumentasi relevan, agar kami dapat membuat keputusan bermaklumat demi kepentingan rakyat,” kata beliau.

Beliau menambah, satu daripada dokumen utama yang dikehendaki ialah kajian kebolehlaksanaan dan reka bentuk bernilai RM305 juta yang hampir siap yang telah ditauliahkan dan dibayar oleh Kerajaan Pulau Pinang untuk projek terowong bawah laut dan hubungan jalan raya berkaitan.

Fadillah berkata dua bulan lepas, kerajaan Pulau Pinang telah mengesahkan bahawa kajian berkenaan yang berkaitan dengan tiga jalan raya berhubungan telah siap 100 peratus sementara kajian kebolehlaksanaan bagi terowong itu sendiri siap 83 peratus.

“Seperti dinyatakan terdahulu, memperkenalkan link ketiga boleh mengubah dinamik aliran lalu lintas dalam sistem jalan raya Persekutuan dan negeri.

“Oleh itu kesan aliran penyuraian lalu lintas mestilah dikaji secara terperinci dan dikemukakan sebagai bahagian daripada proses. Kita tidak mahu memburukkan lagi keadaan lalu lintas yang sudah sedia sesak di pulau itu,” kata beliau.

Beliau berkata, kajian selanjutnya diperlukan bagi menentukan impak jambatan ketiga terhadap operasi perkapalan dan pesawat penerbangan dengan jajaran yang dicadangkan sekarang.

Fadillah menegaskan kementeriannya berharap dapat bekerjasama dengan kerajaan negeri Pulau Pinang secara profesional demi menentukan kebolehlaksanaan dan penetapan masa link ketiga yang dicadangkan ke tanah besar.

Pada 16 Jun, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan yang beliau akan memohon pertemuan dengan Menteri Kerja Raya bagi membincangkan projek jambatan ketiga itu.

Jambatan itu yang akan menghubungkan Pesiaran Gurney di Pulau Pinang dengan Bagan Ajam di tanah besar dianggarkan menelan kos RM1.8 bilion.

Berita Berkaitan

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Hisham: Umno perlu waspada, sedar bahaya sokong Anwar

Hishammuddin tak payah gelabah dan keluar kenyataan mengarut lah. Tak ada siapa dari UMNO...

Saya akan tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, kalau bawa kepada pilihan raya mengejut, kata Nazri

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin...

Poster ucapan tahniah atas upacara angkat sumpah Anwar adalah palsu kata AMK PKR

Berikutan penafian AMK mengenai desas-desus bakal mengangkat sumpah pada Jumaat ini, mengesahkan Anwar mengulangi...

Keputusan Presiden UMNO adalah ke arah pembubaran Parlimen, Anwar tak boleh jadi PM secara automatik

Pada saya, keputusan Presiden UMNO semalam untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk...

Dah jadi macam kartun, bubar saja parlimen kata Tajuddin Rahman

Kemelut politik terbaru yang tercetus rentetan pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan