LHDN tetap mahu ‘mengenakan’ Najib dengan denda RM1.7b atas arahan ahli politik tertentu #pakdin.my

Ketika Najib diserang berkaitan PENALTI cukai RM1.7 bilion (bukan cukai pendapatan tahunan, yang beliau bayar setiap tahun tanpa culas), geng PH / PN mengejek Najib. Menuduh beliau sebagai pengkhianat negara.

Ketika Najib membuat laporan polis mengenai penipuan / penyalahgunaan kuasa setelah mendapat bukti dari pemberi maklumat bahawa kes percukaiannya disiasat sebanyak 3 kali selepas PRU14 dan tidak ada cukai yang perlu dibayar tetapi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tetap mahu ‘mengenakan’ Najib dengan denda RM1.7b atas arahan ahli politik tertentu, geng PH / PN terdiam.

Dan kelmarin, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LHDN telah dopendekkan kontrak untuk diganti dengan CEO lain sejurus selepas Najib membuat laporan polis terhadap LHDN, geng PH / PN masih berdiam diri.

Kenapa? Mengapa tidak ada pemimpin kanan (selain si bodoh Mahfuz yang pernah mengisytiharkan dirinya memang tidak cerdik) dari PH / PN yang masih menuntut jawapan atas laporan polis Najib dan penamatan kontrak CEO LHDN?

Caj cukai RM1.7 bilion ke atas Najib tiba-tiba menjadi isu yang tidak lagi cukup besar bukan?

Pelik.. pelik sangat. Pada masa lalu, penggantian CEO LHDN ini akan menjadi masalah BESAR.

Tetapi sekarang, sunyi sepi.

Adakah kerana mereka semua tahu apa yang telah mereka lakukan?

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan ke atas laporan bekas perdana menteri, Najib Razak terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Mohd Kamarudin Md Din berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan.

“Semua pihak yang terlibat akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seksyen 468 Kanun Keseksaan berkaitan dengan pemalsuan boleh di hukum penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

BACA sini:
Bukit Aman sahkan siasat laporan Najib ke atas LHDN
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/22/bukit-aman-sahkan-siasat-laporan-najib-ke-atas-lhdn/

https://web.facebook.com/search/posts?q=Najib%20Razak%20LHDN

Berkaitan