Statistik Corona

Malaysia
2,209,194
Confirmed
Updated on September 28, 2021 12:10 12:10 pm
Malaysia
2,005,939
Recovered
Updated on September 28, 2021 12:10 12:10 pm
Malaysia
177,560
Active
Updated on September 28, 2021 12:10 12:10 pm
Malaysia
25,695
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,211,460
Confirmed
Updated on September 28, 2021 12:10 12:10 pm
Indonesia
4,031,099
Recovered
Updated on September 28, 2021 12:10 12:10 pm
Indonesia
141,709
Deaths
Updated on September 28, 2021 12:10 12:10 pm

Thailand

Thailand
1,581,415
Confirmed
Updated on September 28, 2021 12:10 12:10 pm
Thailand
1,448,206
Recovered
Updated on September 28, 2021 12:10 12:10 pm
Thailand
16,498
Deaths
Updated on September 28, 2021 12:10 12:10 pm

Global

All countries
233,191,017
Confirmed
Updated on September 28, 2021 12:10 12:10 pm
All countries
208,217,145
Recovered
Updated on September 28, 2021 12:10 12:10 pm
All countries
4,771,772
Deaths
Updated on September 28, 2021 12:10 12:10 pm

Liga Juara-juara AFC: JDT kutip satu mata pada aksi terakhir

Johor Darul Ta’zim (JDT) menutup kempen Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim ini dengan keputusan seri tanpa jaringan menentang Ratchaburi FC pada aksi terakhir Kumpulan G di Stadium Nasional Rajamangala di Bangkok, malam ini.

Satu mata dikutip menyaksikan skuad Harimau Selatan menamatkan saingan kumpulan di kedudukan ketiga dengan mengumpul empat mata sekali gus gagal memperbaiki pencapaian pada kempen 2019 apabila turut hanya meraih empat mata daripada keseluruhan enam perlawanan.

Turun dengan misi mencatat kemenangan kedua selepas mengatasi Ratchaburi FC 1-0 pada pusingan pertama aksi kumpulan, JDT sebaliknya dihimpit kegagalan menyudahkan peluang terhidang sepanjang 90 minit perlawanan untuk mengutip tiga mata penuh.

Memulakan aksi dengan persembahan positif, skuad bimbingan Benjamin Mora memiliki peluang keemasan untuk mendahului seawal minit ketujuh menerusi gerakan serangan balas pantas, namun rembatan pemain tengah Safiq Rahim yang tidak dikawal dalam kawasan kotak penalti tersasar.

Ratchaburi FC yang memburu kemenangan sulung dalam saingan kumpulan sesekali berjaya menembusi benteng pertahanan JDT yang memaksa ketua pasukan Mohd Farizal Marlias bertindak cemerlang di gawang menyelamatkan dua percubaan berbahaya Steeven Langil pada minit ke-33 dan 49’.

Tandukan pemain import JDT Bergson da Silva yang menerima hantaran rakan sepasukan Arif Aiman Mohd Hanapi hampir memecah kebuntuan pada minit ke-54 tetapi penjaga gol Nukoolot Krutyai lebih bersedia membaca pergerakan bola untuk mempertahankan kedudukan.

Menghampiri masa penuh perlawanan, kedua-dua pasukan sekali lagi mensia-siakan peluang meledak jaringan pada masa kecederaan babak kedua selepas tandukan pemain gantian Apiwat Pengprakon hanya sedikit melewati palang gol sementara rembatan Muhammad Akhyar Abdul Rashid tepat ke penjaga gol.

Keputusan malam ini menyaksikan JDT merakam satu kemenangan, satu seri serta tewas empat kali masing-masing di tangan kelab dari Jepun Nagoya Grampus dan wakil dari Korea Selatan Pohang Steelers FC sepanjang aksi kumpulan.

Sementara itu, Nagoya Grampus mengesahkan slot ke pusingan kalah mati apabila mengungguli saingan Kumpulan G dengan rekod tanpa kalah selepas terikat 1-1 menentang Pohang Steelers FC dalam satu lagi aksi.

— BERNAMA

Berkaitan