Liga Perdana Inggeris: Liverpool kempunan lagi

LONDON 2 April – Papiss Demba Cisse menjaringkan dua gol untuk membantu Newcastle United menang 2-0 ke atas Liverpool, yang beraksi dengan 10 pemain dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris semalam.

Penyerang Senegal itu mengekalkan aksi cemerlangnya sejak menyertai Newcastle dari Freiburg Januari lalu, menyaksikan dia menjaringkan tujuh gol daripada tujuh perlawanan selepas membolosi gawang Liverpool pada minit ke-19 dan ke-59 di St. James Park.

Gol pertama Cisse dihasilkan menerusi hantaran lambung dari luar petak penalti oleh Hatem Ben Arfa. Gol kedua juga berpunca daripada Ben Arfa yang melakukan hantaran leret sebelum disudahkan Cisse.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here