Liga Super: JDT juara kali keenam berturut-turut

Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul juara Liga Super 2019 sekali gus melakar sejarah bola sepak tanah air sebagai satu-satunya pasukan memenangi gelaran itu buat kali keenam berturut-turut selepas menundukkan Melaka 2-1, malam tadi.

- Advertisement -

Kejayaan anak buah ketua jurulatih Benjamin Mora di Stadium Hang Jebat itu membolehkan JDT mengumpul 46 mata dan menamatkan perebutan takhta lebih awal dengan baki empat perlawanan liga.

Lebih manis, kejayaan bersejarah skuad ‘Harimau Selatan’ malam tadi dilengkapi dengan rekod bersih tanpa kalah selepas merakamkan 14 kemenangan dalam 18 perlawanan.

Pencabar terdekat, Pahang yang mengumpul 30 mata selepas 17 aksi setakat ini terpaksa akur apabila tidak lagi mampu mencabar meskipun meraih mata penuh dalam baki lima perlawanan mereka musim ini.

Pada aksi malam tadi, dua gol JDT dijaringkan Muhamad Nazmi Faiz Mansor seawal minit ketujuh sebelum penyerang import, Diogo Luis Santo menampilkan kemahiran mengawal bola yang baik untuk mencetak jaringan ke-10 peribadinya musim ini pada minit ke-27.

Sementara gol sagu hati pasukan tuan rumah dijaringkan kapten Muhammad Shukor Adan pada minit ke-84 selepas penjaga gol JDT, Mohd Farizal Marlias gagal menampan kemas sepakan penalti N’Guessan Davy.

Di Stadium Darul Aman, Alor Setar pula menyaksikan Kedah dipaksa bekerja keras sebelum mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas PJ City FC sekali gus mengatasi Selangor di kedudukan ketiga liga.

Pemain import dari Sepanyol, Fernando Rodriguez Ortega muncul wira pasukan apabila menyumbat gol kemenangan pada minit ke-76 selepas PJ City FC berjaya meledak dua gol dalam tempoh enam minit menerusi Washington Brandos pada minit ke-60 diikuti G.Ganiesh (minit ke-66) untuk mengikat kedudukan.

Terdahulu, dua gol Kedah disumbangkan kapten pasukan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-15 dan Mohd Farhan Roslan pada minit ke-49.

Sementara itu, Kuala Lumpur terus bergelut di zon penyingkiran apabila mencatat kekalahan ketiga berturut-turut selepas tewas 1-3 di tangan Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Pemain pertahanan, Lee Tuck tenang menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-37 untuk meletakkan TFC di hadapan, namun kedudukan itu tidak bertahan lama apabila pemain import Kuala Lumpur Darko Markovic meledak gol penyamaan pada minit ke-41.

TFC kemudian mengesahkan kemenangan menerusi dua gol pada babak kedua perlawanan yang dijaringkan Muhammad Mohd Faudzi dan Abdul Malik Mat Ariff masing-masing pada minit ke-76 dan 83’.

Pada masa sama, perlumbaan perebutan takhta Liga Premier terus berlangsung sengit selepas Sabah kembali menerajui kedudukan liga apabila membelasah Sarawak 4-1 dalam pertembungan ‘Borneo Derby’ di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Sabah kini mengumpul 34 mata, mengatasi Johor Darul Ta’zim II (JDT II) hanya dengan perbezaan satu mata, namun skuad kendalian Jelius Tabias Ating kurang satu perlawanan berbanding JDT II yang telah melengkapkan 17 perlawanan setakat ini.

Pemain import dari Serbia, Rodoljub Paunovic muncul wira Sabah selepas meledak hatrik menerusi jaringan seawal minit kesembilan, 63’ dan 84’ sementara bekas penyerang kebangsaan Angola, Aguinaldo Policarpo dan kapten Sarawak Bobby Gonzalez masing-masing menjaringkan gol pada minit ke-63 dan 58’.

Dalam pada itu, Pulau Pinang dan Terengganu FC II (TFC II) mengutip tiga mata selepas melakar kemenangan ke atas lawan masing-masing.

Jaringan menerusi Julian Bottaro pada minit ke-29 dan Mohamad Al Hafiz Harun (minit ke-37) sudah cukup untuk menafikan jaringan penyamaan Negeri Sembilan oleh Jose Almir Barros pada minit ke-19 sekali gus mengesahkan kemenangan 2-1 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

TFC II pula mencatat kemenangan 4-2 menewaskan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Empat gol TFC II terhasil daripada hatrik Bruno Suzuki dalam tempoh 12 minit bermula dari jaringan seawal minit ke-11, 18’ dan 23’ sebelum Ahmad Takhiyuddin Roslan menyumbat gol keempat pasukan manakala Mateo Roskam dan Michael Chukwubunna masing-masing menjaringkan gol buat UKM FC pada minit ke-44 dan 84’. — Bernama

Berita Berkaitan

Komen

......
Comments are closed.

Advertisment

Instagram

Terkini

Umno-PAS Giat Bermesyuarat Membincang PRU15

Muafakat Nasional – iaitu kerjasama antara Umno dan PAS – ketika ini dilihat sedang rancak bermesyuarat antaranya bagi membincangkan PRU ke-15 dan kedudukan mereka...

Umno-PAS Giat Bermesyuarat Membincang PRU15

Muafakat Nasional – iaitu kerjasama antara Umno dan PAS – ketika ini dilihat sedang rancak bermesyuarat antaranya bagi membincangkan PRU ke-15 dan kedudukan mereka...

Ramai Tidak Setuju Pendaftaran PN, Kata Ku Li

Veteran UMNO berpendapat cadangan mendaftarkan Perikatan Nasional (PN) sebagai sebuah gabungan parti politik yang sah akan mendapat tentangan ramai pemimpin Barisan Nasional (BN). Sambil berkata...

Undi Tidak Percaya Muhyiddin: Usul Mahathir Disenarai, Giliran 27

Usul undi tidak percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri diterima Dewan Rakyat untuk dibahaskan. Ia selepas usul persendirian daripada Tun Dr Mahathir...

Penumpang tren selamba jadikan seluar dalam sebagai topeng muka

SEORANG lelaki selamba menjadikan seluar dalam sebagai topeng muka bagi mencegah jangkitan Covid-19. Menurut laporan Dublin Live, ketika kejadian, lelaki berkenaan menaiki tren. Susulan amaran yang...

Perlekeh Hari Jumaat, Hari Makan Babi?

1. Setelah mana Menteri Agama mengumumkan Hari Jumaat sebagai Hari Jawi, reaksi sebahagian netizen Cina amat menghairankan. Mereka memerli langkah memartabatkan Jawi ini sebagai...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.