Lim Guan Eng mengakui kerajaan pusat di bawah BN menolong Pulau Pinang mengurangkan hutang negeri – Najib Razak - pakdin.my

Beberapa hari lalu, saya memberi ruang kepada Guan Eng untuk membongkar Guan Eng dalam membuktikan bahawa kerajaan Pulau Pinang menjual lebih banyak tanah sekaligus bercanggah dengan kenyataannya minggu lepas dan mengenai kerajaan pusat BN di bawah membantu kerajaan Pulau Pinang mengurangkan hutang negeri pada masa itu.

Hari ini, melalui rencana untuk membalas saya yang dipaparkan di portal The Rocket, Guan Eng terus bongkarkan Guan Eng lagi.

Dia menjawab “saya (Guan Eng) tidak menghitung sekali tanah yang dijual oleh kedua-dua Kerajaan Negeri Pakatan dan BN untuk pembangunan dan pertambahan peluang pekerjaan.”

Maksudnya ialah dia mengaku menjual lebih banyak tanah yang dia nyatakan sebelum ini tetapi tanah-tanah ini tidak dikira kerana penjualannya ialah untuk “pembangunan dan pertambahan peluang pekerjaan.”

Tanah yang dijual untuk “pembangunan dan pertambahan peluang pekerjaan.” itu bukan penjualan tanah ke? Tak dapat wang ataupun hasil bila menjual tanah ini ke? Tutup mata, dan ambillah tanah ini secara percuma?

Bagi isu 90 peratus hutang kerajaan negeri yang dibantu kerajaan pusat pula, Guan Eng menjawab:

“Najib cuba menumpang atas kejayaan Kerajaan Pakatan Pulau Pinang di dalam mengurangkan hutang-hutang Kerajaan Negeri sebanyak 90% apabila Kerajaan Persekutuan mengambil alih hutang-hutang Perbadanan Bekalan Air (PBA) sebanyak RM655 juta. Perlu diingatkan Kerajaan Persekutan mendapat aset-aset PBA sebagai ganti kepada pengambil-alihan hutang-hutang Kerajaan Negeri, iaitu aktiviti penstrukuran semula air yang sama seperti dilakukan dengan negeri-negeri lain.”

Akhirnya, Guan Eng sendiri mengaku juga peranan kerajaan pusat yang menolong menghapuskan 90 peratus hutang negeri tetapi dia kata ini tidak boleh dikira kerana kerajaan pusat telah mengambil aset air kerjaan negeri sebagai gantian.

Maksud Guan Eng ialah dia menjual aset-aset negeri kepada kerajaan pusat untuk mengurangkan hutang negeri sebanyak 90 peratus, ke? Bukan kerana pengurusan kompeten CAT, ke?

Ok. Selamat malam.

https://www.roketkini.com/2018/10/22/najib-cuba-tumpang-kejayaan-pulau-pinang-guan-eng/

Facebook Najib Razak

……….
Rujukan:

https://pakdin.my/tag/najib-razak

https://pakdin.my/tag/lim-guan-eng

KERAJAAN DAP PULAU PINANG BERBOHONG MENGENAI PENGURANGAN HUTANG
https://pakdin.my/kerajaan-dap-pulau-pinang-berbohong-mengenai-pengurangan-hutang/

BAJET PULAU PINANG SEPATUTNYA DEFISIT JIKA TIDAK KERANA PENJUALAN TANAH – LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA
https://pakdin.my/bajet-pulau-pinang-sepatutnya-defisit-jika-tidak-ketana-penjualan-tanah-laporan-ketua-audit-negara/

UTAMAEKONOMILim Guan Eng mengakui kerajaan pusat di bawah BN menolong Pulau Pinang...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium