30 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2020

Lim Guan Eng sudah panas…, kata bekas Ketua Hakim Negara

UMNO, PAS tak perlu tunggu PRK tetapi fokus berdepan PRU

“Lim Guan Eng sudah pun melenting. Beliau sudah kepanasan. Beliau tahu perancangan DAP tidak akan berjaya jika orang Melayu tidak berpecah.” Demikian kata bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, hari ini.

Beliau berkata, kerjasama yang terbentuk secara rasmi antara UMNO dan PAS pada 5 Februari lalu, orang Melayu kini mempunyai alasan yang kukuh untuk berdiri di belakang rangkaian kedua-dua parti itu bagi melakukan ‘reverse tsunami’ lebih besar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

“5 Mac 2019 adalah satu hari bersejarah dalam kerjasama UMNO dan PAS. Pada hari itu, UMNO dan PAS, secara formal, telah menjalin kerjasama dalam menghadapi pilihanraya-pilihanraya yang akan datang.


“Dengan UMNO yang lebih bersih dan PAS yang lebih fokas kepada isu-isu kenegaraan, orang Melayu mempunyai alasan yang kukuh untuk berdiri di belakang rangkaian UMNO-PAS untuk melakukan “reverse tsunami” yang lebih besar di PRU 15.

“… dan menguatkan semula perpaduan orang Melayu, demi untuk mempertahankan hak-hak mereka, bukan untuk mengambil hak orang lain. Untuk itu, orang Melayu tidak perlu meminta maaf kepada sesiapa,” katanya.

Oleh itu, Abdul Hamid berkata, UMNO dan PAS tidak sepatutnya hanya menunggu berlakunya Pilihan Raya Kecil (PRK) untuk bekerjasama, sebaliknya kedua-dua parti perlu memikirkan PRU15 dan selepasnya.

“Apakah formula yang patut dilaksanakan? Pertama sekali, perlu ada persetujuan untuk mengelak pertandingan tiga penjuru PH-UMNO-PAS, sekurang-kurangnya selain daripada di Kelantan dan Terengganu (perbincangan ini tertumpu kepada Semenanjung Malaysia sahaja).

“Bagaimana pembahagian kerusi akan dilakukan? Ini terserahlah kepada kebijaksanaan UMNO dan PAS. Yang pentingnya ialah pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS hendaklah mengetepikan kepentingan diri dan parti.


“Mereka hendaklah menumpukan kepada matlamat memenangi jumlah kerusi yang paling banyak bagi kedua-duanya untuk membolehkan mereka, bersama-sama parti-parti lain yang sehaluan dan bersetuju menyertai mereka, menubuh Kerajaan Persekutuan,” katanya menulis dalam laman web peribadi beliau, hari ini.

Abdul Hamid juga memberi cadangan mudah iaitu kawasan yang dimenangi oleh Barisan Nasional (BN), diberikan kepada calon gabungan itu untuk bertanding dan kawasan yang dimenangi PAS diberi kepada parti itu untuk bertanding.

“Bagi kawasan yang kedua-duanya kalah, ia hendaklah diberi kepada parti yang mendapat undi yang lebih banyak. Ini adalah “general rule”. Yang lainnya tertakluk kepada persetujuan.

“Bagaimana dengan kedudukan parti-parti lain yang berada dalam BN? Terserahlah kepada mereka. Jika mereka ingin keluar, mereka dipersilakan keluar. Jika ingin terus bersama, boleh, tetapi mereka perlu buktikan kejujuran mereka terhadap falsafah perjuangan BN, dan bahawa mereka bukan “kiasu”, bila menguntungkan, menumpang, bila merugikan, lari,” katanya.

Beliau menegaskan, UMNO dan PAS tidak perlu risau untuk mendapat sokongan parti bukan Melayu yang lain kerana, jika kerjasama UMNO dan PAS kuat dan menunjukkan kejayaan, akan ada parti-parti bukan Melayu yang ingin menyertainya.


Demikian juga, katanya, UMNO tidak harus resah dengan ‘langau-langau’ yang lari kerana tiada lagi darah untuk dihisap atau untuk menyelamatkan diri.

“Itu antara hikmah kekalahan: Kita tahu, siapa kawan, siapa lawan. Kekalahan BN adalah peluang UMNO untuk membersihkan parti daripada politik wang. Ia juga adalah peluang bagi UMNO membersihkan parti daripada pemimpin-pemimpin yang ‘corrupt’ dan yang menyalahgunakan kekuasaan untuk kepentingan diri,” katanya.

KERJASAMA UMNO DAN PAS MULA MENUNJUKKAN KESAN
http://www.tunabdulhamid.my/index.php/speech-papers-lectures/item/930-kerjasama-umno-dan-pas-mula-menunjukkan-kesan

Berita Berkaitan

Kenyataan media keputusan mesyuarat MKT UMNO

Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada hari ini, 26 Oktober 2020 (Isnin) telah...

Ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini

Ahli-ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat...

Muhyiddin jumpa presiden parti pro-PN, Zahid tak hadir

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan semua presiden parti yang menyokong Kerajaan Perikatan...

Perubahan Besar Berlaku Esok, Kata Shahidan

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim membayangkan satu perubahan...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan