Lim Guan Eng tak faham standard perakaunan – Najib

Nampaknya Menteri Kewangan kita tidak memahami bahawa kerajaan menggunakan standard perakaunan tunai terubah (modified cash accounting) dan bukannya standard perakaunan Akruan (accruals accounting standard) sebagaimana digunakan di sektor swasta.

Di bawah pentadbiran kerajaan, bagi standard perakaunan tunai, kesemua transaksi kewangan dihitung dan direkodkan apabila ada kemasukan atau pengeluaran tunai bagi tempoh yang kewangan dilaporkan.

Di bawah standard ini, aset-aset tidak dijadikan modal (assets not capitalised) dan liabiliti-liabiliti tidak dilaporkan di dalam laporan kewangan.

Sebab itu Lim Guan Eng membuat kesimpulan yang salah kononnya kerajaan BN terdahulu telah tersalah lapor cukai yang belum dikembalikan sebagai pendapatan dan menuduh kerajaan BN sebagai memalsukan akaun.

Sebagaimana ‘kekeliruan’ terhadap titik perpuluhan, salah pengertian antara perakaunan tunai dan akruan juga adalah satu kesilapan mudah yang lazim dilakukan sesiapa.

Bagaimanapun, di bawah inisiatif transformasi sektor awam ketika pentadbiran saya, kerajaan pada masa itu sedang melalui peralihan kepada perakauan akruan pada tahun tahun mendatang.

………..
http://pakdin.my/tag/lim-guan-eng

Loading...

27 KOMEN

  1. Lge bukan tak faham, tetapi terlalu banyak akaun telah dimodify supaya yang check akaun tu pun susah nak pastikan ke mana angka itu pergi.
    Bagi satu contoh cukup, macam mana pembangunan sekolah boleh dibuat atas dasar leasing. Cakap atas fakta, najib adalah «mahluk» yang cukup pandai putar belitkan accounting. Mungkin ramai lawyer buruk atau accountant buruk beri nasihat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini