Statistik Corona

Malaysia
2,209,194
Confirmed
Updated on September 28, 2021 13:10 1:10 pm
Malaysia
2,005,939
Recovered
Updated on September 28, 2021 13:10 1:10 pm
Malaysia
177,560
Active
Updated on September 28, 2021 13:10 1:10 pm
Malaysia
25,695
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,211,460
Confirmed
Updated on September 28, 2021 13:10 1:10 pm
Indonesia
4,031,099
Recovered
Updated on September 28, 2021 13:10 1:10 pm
Indonesia
141,709
Deaths
Updated on September 28, 2021 13:10 1:10 pm

Thailand

Thailand
1,581,415
Confirmed
Updated on September 28, 2021 13:10 1:10 pm
Thailand
1,448,206
Recovered
Updated on September 28, 2021 13:10 1:10 pm
Thailand
16,498
Deaths
Updated on September 28, 2021 13:10 1:10 pm

Global

All countries
233,205,019
Confirmed
Updated on September 28, 2021 13:10 1:10 pm
All countries
208,239,586
Recovered
Updated on September 28, 2021 13:10 1:10 pm
All countries
4,772,049
Deaths
Updated on September 28, 2021 13:10 1:10 pm

Lim Kit Siang naik berang wartawan tanya isu tempat kelahiran

Veteran politik, Lim Kit Siang hari ini melahirkan rasa berang beliau apabila ditanya wartawan mengenai desakan Pengerusi Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao yang mahu Penasihat DAP itu menyatakan bukti tempat kelahirannya.

Malah, semasa satu sidang media di bilik media Parlimen itu, beliau sebaliknya menyuruh wartawan agar membuat penyelidikan sebelum meneruskan soalan berkaitan.

“Saya pernah menjadi pemberita dan kalau ada berita yang trash, saya akan siasat. Jadi siasat dululah, sebelum mulakan soalan atau you reflect on you, or you reflect on your newspaper, you reflect on your kewibawaan sebagai pemberita,” katanya kepada media di bilik media Parlimen di sini hari ini.

Apabila diasak lagi dengan soalan yang sama bagi mendapatkan kepastian berhubung dakwaan Ramesh Rao, Kit Siang enggan menjawab.

“No! No! I was a reporter. Do a basic check and if the basic check. If the reporter didn’t do a basic check, I feel very sorry.

“Saya nasihat wartawan yang nak tanya soalan itu selidik dahulu. Bukan sahaja ahli politik kena lalui ‘test’, tetapi wartawan juga perlu lalui ‘test’,” ujarnya.

Semasa sidang media semalam di luar perkarangan Parlimen, Ramesh mendakwa hasil daripada carian laman sesawang ‘Wikipedia’ yang dibuat pada 11 hari lalu yang tertera wakil rakyat DAP itu tiba ke Malaysia dari China pada tahun 1957, telah diubah suai.

Dakwa Ramesh, terdapat suntingan ayat tersebut oleh pihak tertentu bulan lalu dipercayai demi menutup fakta sebenar lokasi kelahiran Kit Siang.

Ini kerana sebelum itu Wikipedia pernah memaparkan beliau berhijrah ke Malaya sebelum negara ini merdeka.

Ramesh dan beberapa individu berhimpun bagi menyerahkan memorandum menuntut Kit Siang menunjukkan bukti kelahirannya di Malaysia.

Memorandum itu bagaimanapun gagal diserahkan kepada mana-mana ahli parlimen pembangkang dan Barisan Nasional.

https://pakdin.my/lim-kit-siang

Berkaitan