Lim Kit Siang ‘Obses’ Dengan Najib? - pakdin.my

Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa Lim Kit Siang obses terhadap dirinya terutamanya sejak beliau dilantik Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC).

Bekas Perdana Menteri itu memberitahu selepas Barisan Nasional (BN) melantik beliau sebagai Pengerusi BNBBC pada 1 November lalu, Kit Siang telah memuat naik enam hantaran Facebook mengulas mengenai perkara itu.

“Hari ini hari Khamis, sejak hari Isnin, uncle (Kit Siang) dah buat enam posting (termasuk dua posting pagi hari ini) untuk mempertikaikan keputusan dalaman BN untuk lantik saya sebagai pengerusi BNBBC.

“Punya kuat ‘obsession ‘Kit Siang pada saya. Punya kuat takutnya pada saya, ini BNBBC, bukan DAPBBC, uncle faham ke tidak? Soal Najib.

Ahli Parlimen Pekan itu menjelaskan bahawa jawatan Pengerusi BNBCC yang disandangnya tidak bergaji memandangkan ia bukan lantikan kerajaan.

“Ini bukan lantikan kerajaan. Jawatan yang tak bergaji. Kerjanya untuk merancang hujah-hujah ahli Parlimen BN dalam Dewan Rakyat – terutamanya untuk bajet 2021.

“Orang lain fikir masalah Covid-19 dan bantuan ekonomi pada Rakyat sengsara tiap-tiap hari.

“Saya pula dalam fikiran kotor uncle tua seorang ini tiap-tiap hari. Geli pun ada,” seloroh Najib.

Najib turut membangkitkan isu debat antara beliau dan Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu yang tidak jadi.

“Suruh debat tahun lalu, dia u-turn untuk larikan diri selepas menerima dengan alasan pengecut bodoh bahawa debat dengan saya akan mencetuskan sentimen perkauman.

“Suruh dia jawab 10 soalan mudah dua hari lepas pula, dia membisu,” ujarnya.

=================================

Hari Ahad lalu saya pecat Uncle Kit Siang dari jawatan MenHEN dan melantiknya sebagai MenHEK.

Hari ini hari Khamis.

Sejak hari Isnin, Uncle dah buat ENAM posting (termasuk 2 posting pagi hari ini) untuk mempertikaikan keputusan dalaman BN untuk lantik saya sebagai pengerusi BNBBC.

Punya kuat obsession Kit Siang pada saya. Punya kuat takutnya pada saya.

Ini BNBBC, bukan DAPBBC. Uncle faham ke tidak?

Ini bukan lantikan kerajaan. Jawatan yang tak bergaji. Kerjanya untuk merancang hujah-hujah ahli parlimen BN dalam Dewan Rakyat – terutamanya untuk bajet 2021.

Orang lain fikir masalah Covid dan bantuan ekonomi pada Rakyat sengsara tiap-tiap hari.

Saya pula dalam fikiran kotor uncle tua seorang ini tiap-tiap hari.

Geli pun ada.

Suruh debat tahun lalu, dia u-turn untuk larikan diri selepas menerima dengan alasan pengecut tak masuk akal bahawa debat dengan saya akan mencetuskan sentimen perkauman.

Suruh dia jawab 10 soalan mudah dua hari lepas pula, dia membisu.

Ini posting saya dua hari lepas berhubung lantikan saya sebagai pengerusi BNBBC:
https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157464953655952/

Ini posting terbaru Uncle: https://www.facebook.com/limkitsiang2.0/posts/10157396761691073

Facebook Najib Razak:
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157469032065952

UTAMANAJIB RAZAKLim Kit Siang ‘Obses’ Dengan Najib?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium