LIMA 2015: Warga Emas Trauma Lihat Pesawat Terhempas

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Benarkah UMNO bentuk jajaran baharu?

1. Sejak beberapa hari ini tular pelbagai poster yang...

Kerajaan PN: Kaji, siasat dan rangka…

20 Jan 2021: Kerajaan PN akan kaji kenaikan harga...

INW: Indonesia pasar menggoda sindikat narkoba internasional

masih lemahnya sistem pengamanan yang sudah ada Jakarta (ANTARA) -...

凯里:采访奥运媒体即日起接种疫苗

(布城14日马新社讯)全国新冠疫苗接种计划(PICK)协调部长凯里说,即将前往东京采访奥运会的媒体人员从今日起施打新冠疫苗。

jupiter-indonesia-bertembung-diudara-LIMA-

LANGKAWI: Seorang warga emas dikatakan secara tiba-tiba meracau atau bercakap tidak karuan akibat trauma apabila melihat sebuah pesawat Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (AU-TNI) terhempas ke atas rumah anaknya di Kampung Gelam, Mukim Kedawang di sini.

Kejadian dikatakan berlaku hanya 10 meter di depannya.

Akibat itu Abu Mutalib Said, 70, terpaksa dimasukkan ke Hospital Langkawi kerana mengalami trauma psikologi.

“Mangsa melihat sebahagian pesawat jatuh ke atas rumah dua anaknya dan meletup sebelum terbakar di depan matanya, mengakibatkannya mengalami trauma yang serius,” kata Pakar Perunding dan Penasihat Perubatan Kecemasan Lima’15, Prof Datuk Seri Dr Abu Hassan Asaari Abdullah.

Beliau berkata susulan itu mangsa dikejarkan ke hospital dan diberikan rawatan ‘critical insiden stress management’ (CISM).

“Kami melakukan rawatan CISM termasuk terapi pernafasan bagi mengurangkan tekanan dan mangsa kini sedang tidur dengan tenang tanpa tiada kecederaan fizikal padanya,” katanya.

Dua pesawat aerobatik pasukan Jupiter milik AU-TNI terhempas dalam kejadian kira-kira 2.04 petang selepas dipercayai bergesel di udara ketika melalukan latihan sebelum menyertai Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2015 di sini.

Sebuah daripadanya dipercayai terhempas ke atas rumah anak mangsa.

Dr Abu Hassan berkata anggota keluarga mangsa yang lain turut ditenangkan serta diberi kaunseling.

“Kita akan tahan mangsa buat sementara di wad untuk mengadakan rawatan lanjut. Apa-apa pun kita bersyukur kerana tiada orang di dalam rumah-rumah tersebut ketika kejadian,” katanya.

BACA juga:

Leave a Reply