Lima Cedera Dalam Kemalangan Babitkan Empat Kenderaan Di Jalan Tun Razak - pakdin.my

SEBUAH kereta remuk selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, hari ini. Insiden berlaku apabila kereta Perodua Kembara yang melalui Jalan Tun Razak di depan Institut Jantung Negara (IJN) terbabas dan memasuki arah bertentangan, menyebabkan tiga lagi kenderaan terbabas.

Lima orang cedera apabila tiga buah kereta dan sebuah motosikal terbabit dalam satu kemalangan di Jalan Tun Razak di sini, Sabtu.

Menurut saksi kemalangan, kejadian itu berlaku berhampiran Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira pukul 10 pagi ini apabila sebuah kenderaan jenis Perodua Kembara yang dinaiki dua orang lelaki yang sedang menghala ke Bulatan Pahang terbabas lalu memasuki arah bertentangan.

Menurut pemandu sebuah daripada kereta yang terbabit dalam kemalangan itu, Tam Sui Chim, 51, kereta Perodua Kembara itu terbabas dan memasuki laluan bertentangan sehingga menyebabkan dua lagi kereta yang cuba mengelak terbabit dalam kemalangan.

Penunggang motosikal yang berada di belakang kereta itu hilang kawalan lalu melanggar belakang kenderaan itu.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur ACP Rusli Mohd Noor ketika dihubungi berkata, setakat ini polis masih belum menerima sebarang laporan.

Menurut jurucakap Hospital Kuala Lumpur, lima orang yang cedera dalam satu kemalangan, tanpa menyebut lokasi kejadian, dihantar ke hospital itu hari ini tanpa memberikan butiran lain.

UTAMABERITALima Cedera Dalam Kemalangan Babitkan Empat Kenderaan Di Jalan Tun Razak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium