Saturday - July 24, 2021 @ 21:06
BERITANASIONALLima Cedera Kerangka Lama Bumbung Stadium Gong Badak Runtuh

Lima Cedera Kerangka Lama Bumbung Stadium Gong Badak Runtuh

STADIUM SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN 1 KUALA TERENGGANU  — Lima pekerja binaan cedera dengan tiga daripadanya parah apabila kerangka lama bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di sini yang dalam proses baik pulih, runtuh Rabu.

Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Hamzah Mohd Jamil berkata ketika kejadian pada pukul 11.30 pagi itu, lapan pekerja sedang menjalankan kerja membaik pulih bumbung stadium itu.

“Dianggarkan 137 meter iaitu kira-kira dua pertiga daripada struktur asal bumbung telah runtuh,” katanya kepada pemberita di sini Rabu.

STADIUM SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN 2Pekerja yang parah ialah Mohd Nazirul Nizam Marzuki, 22, Mohd Saidi Ismail, 21, dan Safian Abdul Manaf, 21, manakala dua yang cedera ringan ialah Wan Mohd Fajrulazmi Wan Ahmad, 26, dan Mohd Syukri Jusoh, 31.

Kesemua mangsa dikeluarkan dari tempat runtuhan setengah jam selepas runtuhan dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, katanya.

Hamzah berkata berdasarkan siasatan awal, kejadian dipercayai akibat kelemahan struktur utama bumbung setelah melalui beberapa proses menurunkan kerangka di bahagian tengah bumbung.

STADIUM SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN 3Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said ketika ditemui pemberita di Seri Iman di sini, berkata kejadian itu dipercayai berpunca daripada kecuaian pihak kontraktor dan mereka bertanggungjawab untuk memastikan kerja baik pulih stadium itu dilakukan dengan selamat.

Stadium berkenaan terpaksa menjalani proses baik pulih dengan kos RM15 juta setelah bumbung utamanya yang bernilai RM292 juta runtuh pada 2 Jun 2009 menyebabkan kira-kira 50 peratus daripada strukturnya musnah.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here