Lima Hilang Di Laut Diselamat Nelayan Thai - pakdin.my

 

3-hari-hilang-dilautLima lelaki yang hilang di laut ketika mencandat sotong Jumaat lalu diselamatkan nelayan warga Thailand Ahad malam setelah bot mereka kehabisan minyak lalu hanyut dari pantai Tok Bali di sini hingga ke perairan negara jiran itu.

Mohd Fadzuan Suhaimi, 25, dari Kampung Dalam Rhu, Tumpat, berkata kejadian itu membuatkan beliau serik untuk turun ke laut selepas berdepan detik mencemaskan apabila bot mereka dilambung ombak berikutan keadaan laut yang bergelora dan angin kencang.

“Memang rasa takut sangat kerana ombak kuat, angin bertiup kencang. Bot yang digunakan pula kecil,” katanya selepas dibawa pulang oleh pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ke pangkalan APMM Tok Bali di sini Isnin.

Empat orang lagi ialah adiknya, Mohd Firdaus, 18, sepupu mereka Mohd Osman Mohamad, 36, dari Kampung Morak, Mazlan Mohamad, 44, dari Wakaf Che Yeh, dan pemandu bot, Mohd Masdi Che Hassan, 39, dari Kampung Pantai Cahaya Bulan, Kota Baharu.

Zaiton Darmedes, 45, ibu kepada dua beradik itu berkata: “Mohd Fadzuan suka memancing di laut dan tak pernah beritahu saya mengenai kegiatannya sehinggalah pada hari kejadian, Mohd Fadzuan turut membawa adik bongsunya, Mohd Firdaus untuk turut serta memancing.

“Saya ingatkan Mohd Firdaus ke kafe siber untuk melayari Internet sehinggalah diberitahu kakaknya Mohd Firdaus keluar memancing bersama abangnya,” katanya.

Turut melancarkan gerakan mencari termasuk Polis Marin Diraja Thailand, Polis Marin Pengkalan Kubor, tiga buah bot dan sebuah pesawat jenis bombardier milik APMM serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan.

UTAMABERITALima Hilang Di Laut Diselamat Nelayan Thai

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium