Statistik Corona

Malaysia
2,049,750
Confirmed
Updated on September 17, 2021 05:52 5:52 am
Malaysia
1,800,278
Recovered
Updated on September 17, 2021 05:52 5:52 am
Malaysia
227,117
Active
Updated on September 17, 2021 05:52 5:52 am
Malaysia
22,355
Deaths
Updated on September 17, 2021 05:52 5:52 am

Malaysia

Malaysia
2,049,750
Confirmed
Updated on September 17, 2021 05:52 5:52 am
Malaysia
1,800,278
Recovered
Updated on September 17, 2021 05:52 5:52 am
Malaysia
22,355
Deaths
Updated on September 17, 2021 05:52 5:52 am

Indonesia

Indonesia
4,181,309
Confirmed
Updated on September 17, 2021 05:52 5:52 am
Indonesia
3,968,152
Recovered
Updated on September 17, 2021 05:52 5:52 am
Indonesia
139,919
Deaths
Updated on September 17, 2021 05:52 5:52 am

Thailand

Thailand
1,448,792
Confirmed
Updated on September 17, 2021 05:52 5:52 am
Thailand
1,304,247
Recovered
Updated on September 17, 2021 05:52 5:52 am
Thailand
15,124
Deaths
Updated on September 17, 2021 05:52 5:52 am

Global

All countries
227,844,736
Confirmed
Updated on September 17, 2021 05:52 5:52 am
All countries
202,793,474
Recovered
Updated on September 17, 2021 05:52 5:52 am
All countries
4,684,246
Deaths
Updated on September 17, 2021 05:52 5:52 am

Lima maut dalam nahas van sapu d Lawas

 Tujuh lagi penumpang parah selepas terbabas, langgar pembahagi jalan

LAWAS: Lima maut manakala tujuh lagi penumpang mengalami kecederaan parah selepas sebuah van jenis Toyota yang dinaiki oleh mereka terbabas dan melanggar pembahagi jalan dalam kemalangan di Jalan Sundar petang kelmarin.

Mereka yang terbunuh ialah Mariah Awang, 37, anak perempuannya, Nur Khairunisa Nazwa Omar, 17, Zaimah Mohd Taib, 12, dan Nurul Husna Izzati Imbran, 17, termasuk pemandu van terbabit yang masih belum dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Fauzilan Abdul Aziz berkata, kemalangan dipercayai berlaku selepas pemandu van gagal mengawal kenderaan yang dipandu laju berhampiran simpang Lubok Batong ketika dalam perjalanan pulang dari Lawas ke Awat-Awat .

Beliau berkata, Mariah meninggal dunia di Hospital Lawas, manakala anak perempuannya Nur Khairunisa Nazwa meninggal dunia di tempat kejadian.

Selain itu, suami Mariah, Omar Abdul Rahman, mengalami kecederaan parah dan dirujuk ke Hospital Kota Kinabalu bersama tiga lagi mangsa.

“Selebihnya masih menerima rawatan di Hospital Lawas,” katanya.

Fauzilan turut menasihatkan pemandu yang akan balik ke kampung halaman sempena Hari Raya ini agar meningkatkan tahap keselamatan selain memastikan pemanduan berhemah.

Sementara itu, ahli keluarga Mariah berkata, sebelum kejadian mangsa pergi ke pekan Sipitang untuk menjemput anak perempuannya, Nur Khairunisa Nazwa yang menuntut di Politeknik Kuching yang pulang beraya melalui Kota Kinabalu.

“Turut sama ialah suami Mariah dan beberapa ahli keluarga lain yang juga menunggu pelajar tersebut sebelum mereka membeli-belah keperluan untuk Hari Raya di Sipitang yang kebetulan turut mengadakan Tamu Besar,” katanya.

Beliau berkata, sebelum Mariah meninggal dunia mangsa sempat memegang tangan ahli keluarganya sebelum menghembus nafas yang terakhir di Hospital Lawas petang kelmarin.

“Walaupun masih bersedih, namun kami reda dengan ketentuan Tuhan,” jelasnya.

Awang Damit Ali Hasan menziarahi keluarga mangsa kemalangan

Turut hadir di tempat kejadian ialah Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agong, Awang Damit Ali Hasan adik kepada ADUN Batu Sari Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Polis Daerah Lawas, Chif Inspektor Liong Tindan.

Kesemua mangsa yang terkorban telah diuruskan untuk pengebumian semalam di Awat-Awat yang turut dihadiri hampir seribu sahabat handai dan saudara-mara.

Sementara itu di Kuching, Pegawai Turus Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, DSP Alexson Naga Chabu menasihati orang ramai supaya tidak menaiki kenderaan van atau kereta sapu dengan sewenang-wenangnya terutama pada musim perayaan ini.

Nasihat berbentuk peringatan ini dikeluarkan oleh beliau semalam menerusi kenyataan akhbar susulan kemalangan maut yang mengorbankan lima orang di Lawas.

“Kemalangan tragis terbabit melibatkan sebuah kenderaan van sapu yang terbabas dipercayai akibat dipandu laju oleh mangsa iaitu salah seorang daripada si mati.

“Lebih membimbangkan, kenderaan jenis ini (kereta sapu) tidak dilindungi insurans perlindungan diri kepada penumpang yang menaiki atau menumpang kenderaan berkenaan,” kata Alexson.

Menurut beliau, kenderaan jenis ini (van dan kereta sapu) akan bergiat aktif memandangkan perayaan Hari Raya Aidilfitri akan tiba tidak lama lagi.

“Perbuatan mereka yang menjalankan kegiatan ini adalah salah di sisi undang-undang iaitu di bawah Seksyen 33 Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) 1987 (Akta 334) dan boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 90 (1) Akta Perdagangan Jalan 1987 (Akta 333).

“Pihak polis, khasnya Cawangan Trafik, sedang giat menjalankan operasi ke atas mereka yang menjalankan kegiatan ini dan tindakan ini akan dijalankan secara berterusan,” jelasnya.

 

Berkaitan