Lima murid dijangkiti influenza di Pahang - pakdin.my

Lima murid di pahang disahkan dijangkiti influenza sejak Januari lalu, di mana empat daripadanya dijangkiti influenza A, manakala seorang lagi influenza B. Pengarahnya Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) Datuk Dr Tajuddin Mohd Yunus berkata, berdasarkan laporan yang diterima, murid terbabit datang dari empat buah sekolah.

…………………….

KUANTAN – [DIKEMASKINI] Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang mengesahkan lima murid dari empat sekolah di negeri ini dijangkiti influenza sehingga petang ini.

Pengarahnya, Datuk Dr Tajuddin Mohd Yunus berkata, laporan itu diperolehinya daripada Jabatan Kesihatan negeri Pahang (JKNP) membabitkan murid daripada empat buah sekolah.

Bagi jangkitan influenza A, dua murid direkodkan dari daerah Kuantan, manakala Cameron Highlands dan Raub masing-masing satu kes. Menurutnya, seorang lagi murid dari Cameron Highlands dijangkiti influenza B.

“Saya dimaklumkan empat murid yang dijangkiti influenza A ini sedang menjalani rawatan di hospital di kawasan masing-masing.

“Seorang lagi murid yang dijangkiti influenza B dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan dan perlu dikuarantin di rumahnya,” katanya

 

UTAMABERITALima murid dijangkiti influenza di Pahang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium