Lima Remaja Myanmar Mangsa Culik Dibawa Ke Malaysia Untuk Beri Keterangan - pakdin.my

Norazura Roski menunjukkan gambar anaknya Nazatul Fardiana Mohd Izwan, yang diculik

Lima remaja Myanmar yang turut menjadi mangsa culik bersama-sama seorang lagi remaja perempuan Malaysia yang ditemui di Bangkok, Thailand, dibawa ke negara ini Khamis bagi membantu siasatan kes itu.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata tiga remaja lelaki dan dua remaja perempuan yang berusia antara 14 dan 16 tahun itu dibawa dari Padang Besar di sempadan negara untuk memberi keterangan berhubung kejadian itu.

“Kita bawa mereka masuk hari ini untuk bantu kita beri keterangan berhubung kejadian itu memandangkan remaja Malaysia yang turut menjadi mangsa culik itu masih dalam keadaan trauma dan tidak dapat memberi keterangan buat masa ini.

“Kita mahu tahu apa yang sebenarnya berlaku…kami harap keterangan mereka dapat membantu kami mengesan sekumpulan lelaki yang menculik mereka,” katanya kepada pemberita selepas program tinjauan mesra bersama-sama penduduk Bandar Puteri, Puchong dekat sini, Khamis.

Turut hadir Pengarah Jabatan Logistik Bukit Aman Datuk Zulkifli Abdullah.

UTAMABERITALima Remaja Myanmar Mangsa Culik Dibawa Ke Malaysia Untuk Beri Keterangan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium