29.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 27, 2020

Enam rentung Nissan Skyline terbabas dan terbakar di Jalan Kampung Pandan (video)

 

skyline-terbakar-kg-pandan (3)skyline-terbakar-kg-pandan (1) skyline-terbakar-kg-pandan (2)

Enam maut apabila kereta jenis Nissan Skyline terbakar selepas terbabit dalam kemalangan di bulatan Kampung Pandan di sini, awal pagi ini.


Dalam kejadian kira-kira jam 12.42 tengah malam itu, kenderaan dinaiki enam mangsa terdiri daripada lima perempuan dan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an itu terbabas sebelum melanggar bahu jalan dan terbakar.

Difahamkan, lima mangsa yang mengalami kecederaan gagal keluar daripada kenderaan itu menyebabkan mereka terbakar bersama kereta berkenaan manakala seorang berjaya keluar tetapi mati akibat terbakar seluruh badan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan berkenaan kira-kira jam 12.42 tengah malam.


“Beberapa jentera dengan 13 anggota bergegas ke lokasi kejadian dan tiba di kira-kira 10 minit kemudian sebelum usaha memadamkan kebakaran dilakukan.

“Pemeriksaan lanjut kemudian mendapati enam mangsa terbakar dalam kebakaran berkenaan.

“Seorang lelaki dan lima wanita dipercayai maut dalam kejadian berkenaan,” katanya memberitahu, identiti mangsa setakat ini masih belum dapat dipastikan


skyline-terbakar-kg-pandan-1 skyline-terbakar-kg-pandan-2skyline-terbakar-kg-pandan-3

 

Berita Berkaitan

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana...

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat...

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan