28.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 25, 2020

Lipatan Sejarah – 26 Disember dalam Kenangan

LAPAN tahun sebelum tragedi tsunami yang melanda beberapa negeri di utara Semenanjung pada 26 Disember 2004, negara pernah dikejutkan dengan satu malapetaka besar.

tsunami-kedah-1

tsunami-kedah-2

Berkongsi tarikh sama iaitu 26 Disember, ia berlaku pada 1996. Dalam kejadian itu, beberapa daerah di Sabah dilanda bencana ribut tropika Greg mengorbankan lebih 200 nyawa. Seramai 100 orang lagi tidak ditemui. Kerugian mencecah RM150 juta.

Antara daerah terjejas ialah Keningau, Kota Kinabalu, Tuaran dan Papar. Sebahagian mangsa terkorban dalam banjir dan terperangkap di dalam lumpur yang tebal.

Di kalangan penduduk Keningau yang paling teruk terjejas, tragedi itu masih menjadi tanda tanya. Bencana itu berlaku kira-kira empat jam sahaja dari pukul 5 pagi dan air surut sepenuhnya 9 pagi.

Beberapa hari sebelum kejadian, tiada petanda awal. Namun hujan lebat menyebabkan air bertakung di puncak Bukit Kimanis yang menjadi latar perkampungan mereka di Kampung Agudon, Kampung Masak, Kampung Contoh, penempatan Tator (Tana Toraja, Indonesia), Kampung Masjid dan Kampung Limbawan. Malangnya, penduduk tidak tahu tentang kewujudan takungan air itu.

ribut-greg-sabah-1996-1 ribut-greg-sabah-1996-2 ribut-greg-sabah-1996-3

Malah, Sungai Pampang yang mengalir dari bukit itu dan melalui perkampungan mereka juga sempit seperti parit kecil dan cetek. Dalamnya tidak sampai satu meter.

Gambaran penduduk mengenai tragedi itu amat dramatik. Ia seperti air ditakung penuh dalam baldi besar, sebelum dicurah kesemuanya sekali gus!

Pada peringkat awal, air naik mengejut dan surut secara tiba-tiba, sebelum datang arus deras kali kedua bersama batu besar dan kayu balak.

Ia tidak memusnahkan rumah mereka serta-merta, sebaliknya hanyut ‘sebuah-sebuah’ seperti bahtera besar belayar, sehinggalah sampai ke Jambatan Sungai Pampang iaitu pemisah antara Kampung Masjid dan Limbawan.

Pada masa inilah berlaku perkara pelik. Rumah-rumah yang dihanyutkan itu tidak melepasi jambatan dan jalan yang ditenggelami air.

Sebaliknya ia ‘disedut’ ke arah bawah jambatan, kemudian ‘dikisar’ sehingga hancur sebelum memuntahkan serpihan rumah, mangsa, batu dan balak bersama arus deras ke arah Kampung Limbawan.






Berita Berkaitan

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,355PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan