Liverpool benam Crystal Palace 7 gol tanpa balas - pakdin.my

LIVERPOOL tamatkan kemarau kemenangan selama tiga bulan di tempat lawan dengan menewaskan Crystal Palace 7-0.

Ia sekali gus kini berada di kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kelebihan lima mata di depan Everton.

Roberto Firmino dan Mohamed Salah menyumbang gol terbanyak, masing-masing menjaringkan dua gol.
Turut menyumbangkan gol ialah Takumi Minamino, Sadio Mane dan Jordan Henderson.

Gol seawal minit ketiga menggamatkan tempat lawan di Selhurst Park Stadium, dijaringkan Minamino melalui hantaran dari Mane.
Mane pula menamatkan kemarau gol selepas sembilan perlawanan menerusi rembatan rendah hasil hantaran Firmino pada minit ke-35.
Firmino menambah gol pada minit ke-44 untuk Liverpool mendahului 3-0 selepas tamat babak pertama.
Rembatan deras dari luar kotak penalti pada pada minit ke-52 mengukuhkan lagi kedudukan Liverpool.
Mane dikeluarkan dan diganti dengan Salah – terus membantu gol kedua Firmino pada minit ke-68.
Salah kemudian tidak melepaskan peluang, meledak dua gol pada minit ke-81 dan ke-84, sekali gus meletakkan Liverpool di depan.
Crystal palace pula di kedudukan ke-13 liga dengan 18 mata.

UTAMAGAYA HIDUPLiverpool benam Crystal Palace 7 gol tanpa balas

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium