25.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 24, 2020

Liverpool Benam Manchester City

Coutinho (tengah) meraikan jaringannya bersama dengan rakan pasukan, Jon Flanagan (kanan) dan Steven Gerrard.
Coutinho (tengah) meraikan jaringannya bersama dengan rakan pasukan, Jon Flanagan (kanan) dan Steven Gerrard.

LIVERPOOL memanfaatkan tiga kesilapan yang dilakukan oleh kapten Manchester City, Vincent Kompany untuk melebarkan kedudukan selaku pendahulu Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan pasukan lawan 3-2 di Anfield, malam Ahad.

Pasukan kendalian pengurus Brendan Rodgers itu kini berkelebihan lima mata di hadapan Chelsea yang menentang Swansea pada perlawanan berasingan, malam Ahad.
City kini ketinggalan tujuh mata di belakang Liverpool dan menduduki tempat ketiga.

Sekarang hanya tinggal empat perlawanan saja lagi untuk menentukan juara Liga Perdana Inggeris untuk musim ini tetapi City masih ada kelebihan dua perlawanan dalam tangan.

Philippe Coutinho melengkapkan kemenangan ke-10 berturut-turut Liverpool ketika perlawanan berbaki 12 minit selepas City bangkit ketikaketinggalan 2-0 untuk meletakkan kedudukan 2-2.
Jaringan Raheem Sterling dan Martin Skrtel pada babak pertama meletakkan Liverpool di depan dengan 2-0.

City bangkit menerusi jaringan David Silva pada minit ke-57 dan gol sendiri yang dijaringkan oleh Glen Johnson pada minit ke-62.

Namun Coutinho melengkapkan gol kemenangan Liverpool pada minit ke-78 selepas memanfaatkan kesilapan yang dilakukan Kompany.

Liverpool terpaksa beraksi dengan hanya 10 pemain selepas Jordan Henderson dilayangkan kad merah kerana mengasari Samir Nasir pada minit ke-90.

Sebelum sepak mula, kedua-dua pasukan bertafakur bagi memperingati ulang tahun ke-25 tragedi Hillsborough apabila 96 penyokong Liverpool terbunuh pada separuh akhir Piala FA menentang Nottingham Forest.

Berita Berkaitan

Daging Salai Serai

Kepada peminat gulai, lauk daging gulai serai ini mungkin boleh dijadikan hidangan tengahari sekeluarga...

Integrasi pengubatan moden dan tradisional Cina untuk rawatan COVID-19

Usaha sedang digiatkan di sesetengah negara seperti China untuk menggunakan pengubatan tradisional serta ubat...

Selepas 8 bulan, jemaah luar negara dibenarkan tunai umrah

Kumpulan pertama jemaah luar negara menunaikan umrah di tanah suci pada Rabu selepas ibadah...

Terpengaruh bisikan syaitan punca gadis Islam dedah aurat, bergelek di media sosial

Kelakuan wanita Islam mendedahkan aurat dan menari di aplikasi media sosial mendapat teguran pendakwah...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...