23.3 C
Kuala Lumpur
Friday, October 2, 2020

Liverpool FC Tiba Di Malaysia Tanpa Ketua Pasukan, Steven Gerrard

 

Jurulatih Malaysia, Datuk K.Rajagopal bersama Pengurus Liverpool, Kenny Dalgish pada sidang media di Petaling Jaya. The Reds yang hadir tanpa kelibat ketua pasukan, Steven Gerrard dalam kunjungan ini, akan menentang pasukan kebangsaan pada Sabtu ini bermula di Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur

SEPANG: Kelab gergasi bola sepak England, Liverpool FC tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini dari Guangzhou, China pukul 4.25 pagi ini untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Harimau Malaya Sabtu ini.

Sejurus tiba di KLIA pemain-pemain Liverpool terus dibawa ke hotel penginapan di Damansara.

Aksi pertama pemain-pemain Liverpool akan dapat disaksikan peminat mereka pada sesi latihan yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada pukul 7 malam ini.

Ini adalah kunjungan pertama Liverpool yang juga dikenali dengan ‘The Reds’ ke Malaysia.

‘The Reds’ yang hadir tanpa kelibat ketua pasukan, Steven Gerrard dalam kunjungan ini, akan menentang pasukan kebangsaan pada Sabtu ini bermula 5.45 petang di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.

Malaysia menjadi persinggahan kedua Jelajah Asia 2011 mereka selepas China.

Pada perlawanan persahabatan di sana, Liverpool mengalahkan Guangdong Sunray Cave 4-3

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan