Liwat 2: Penyokong Jangan Desak Badan Kehakiman Bebaskan Anwar-Mahathir - pakdin.my

Bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu mendapatkan mana-mana sokongan daripada penyokongnya bagi mempengaruhi badan kehakiman negara menjelang semakan sabitan kes liwat kedua beliau Rabu depan.

Ini kerana, menurut bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mahkamah mesti mempunyai keputusannya sendiri tanpa perlu mengambil kira populariti individu yang berdepan dengan kesalahan jenayah.

“Semua orang hendaklah sama sisi undang-undang. Bagaimana jika esok kita mempunyai seseorang yang menghadapi keadaan yang sama, (tetapi) yang tidak mempunyai sokongan orang ramai seperti Anwar?,” kata Tun Mahathir dalam Sidang Kemuncak Kebebasan Malaysia di Petaling Jaya, hari ini.

Tun Mahathir berkata demikian ketika menjawab soalan daripada salah seorang hadirin yang meminta pemimpin veteran itu mengulas apakah tindakan yang diperlukan menjelang permohonan semakan kes liwat Anwar.

Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun pada bulan Februari 2015 selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya.

Sementara itu, mengulas mengenai sidang kemuncak hari ini, Mahathir berkata, tidak akan ada kebebasan mutlak di Malaysia meskipun negara menghampiri tahun 2020.

Bahkan, Mahathir berkata, hal seperti itu berlaku bukan sahaja di Malaysia malah juga di negara lain.

Ujar Mahathir, ini kerana setiap negara dunia mempunyai undang-undang yang memerlukan ia dipatuhi.

“Tidak akan ada kebebasan dan keadaan ini akan berterusan sehingga negara mencapai negara maju tahun 2020 apatah lagi ada negara yang keadaan negara itu lebih liberal yang tidak digalakkan di Malaysia.

“Kerana kita ada undang-undang yang harus dipatuhi sekali gus menghadkan kebebasan. Di mana negara liberal seperti Amerika pun ada hadnya,” tambah Mahathir.

mahathir-bukan-mahu-berdamai-anwar.jpg

UTAMABERITALiwat 2: Penyokong Jangan Desak Badan Kehakiman Bebaskan Anwar-Mahathir

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium